Ahad, 30 Mac 2014

Kerja!

Nanti dah mula bekerja, kena mula mencari hobi.

Tekanan kerja sepatutnya diseimbangkan dengan hobi. Rasa-rasanya nak cuba jadi otaku.

Apa yang perlu dibuat?

- Pertama: Peruntukan gaji perlulah cukup untuk disimpan, diberikan, digunakan dan dihabiskan.

- Kedua: Gaji yang disimpan perlulah mencukupi untuk masa depan, masa kecemasan dan pembelian barang-barang yang berharga besar.

- Ketiga: Gaji yang dihabiskan adalah peruntukan untuk hobi. Seandainya perlu disimpan, akan disimpan. Contohnya, untuk membeli peralatan komputer, rak-rak, pergi ke pesta-pesta ACG dan sebagainya.

- Keempat: Sekiranya perlu dihabiskan dalam sebulan, pembelian patung-patung, poster-poster, konsol permainan dan segalanya perlulah tidak mencakupi bahagian gaji yang lain.

- Kelima: Menyertai komuniti-komuniti anime, game dan komik supaya barang-barang yang dibeli boleh dijual semula, lubuk-lubuk barangan murah mampu dicari dan aktiviti sosial bersama-sama.

- Keenam: Disebabkan teramat kurang orang Melayu dalam ACG, mungkin dapat berkenal-kenalan dengan bangsa-bangsa lain.

- Ketujuh: Satu bulan sepatutnya diperuntukkan untuk satu barang sahaja. Jikalau harga kurang daripada seratus ringgit, mungkin boleh beli lebih.

- Kelapan: Buku-buku tak akan dibeli untuk masa terdekat kerana buku-buku yang ada perlu diulang baca dan difahami. Ada yang perlu dihabiskan. Buku cuma dibeli semasa festival buku dan BBW.


Tamat.


Sabtu, 29 Mac 2014

Takbur


Tuhanku.

Jadikan ilmuku setinggi langit.

dan egoku serendah tanah.


-tamat-

Jumaat, 28 Mac 2014

Kenapa belajar bahasa melalui buku teks adalah mengarut?

Sepanjang pembelajaran dalam pelbagai bahasa, kita dapat melihat bahawa penutur asal bahasa cenderung untuk meringkaskan ayat-ayat yang dituturkan supaya tidak terlalu formal dan membuang masa.

Ini amat bertentangan dengan segala peraturan yang digariskan di dalam buku teks.

Contoh:

Ali: Bro, meh batang.

Abu: Batang? Aku punya mana boleh bagi kau.

Ali: Ala, batang pun tak nak kongsi. Kedekut. Dekat awek kau boleh pulak bagi batang kau.

Abu: Aku punya. Suka hati akulah nak bagi sapa. Aku bagi awek aku sebab awek aku suka hisap aku punya batang.

. . . . . . . . .

Lihat contoh diatas. Penutur asal bahasa biasanya keberatan untuk menyebut sesuatu yang diketahui ramai. Yang penting, maksud ayat yang ditutur sampai kepada penerimanya.

Penggunaan singkatan perkataan 'meh', 'awek', dan pelbagai singkatan lain adalah lumrah di dalam semua bahasa.

*Ali dan Abu begitu malas untuk menambah imbuhan 'se-' sebelum perkataan 'batang' dan perkataan 'rokok' selepasnya.

Khamis, 27 Mac 2014

Rasa


Begitu lama mencurah rasa

sehingga aku terlupa

bagaimana rasanya rasa

rasa yang dicurah itu bagaimana rasanya 

rasa-rasa.


-tamat-

Rabu, 26 Mac 2014

Perbandingan agama.

Diciptakan para manusia dengan ruang-ruang kosong.

Lohong-lohong yang penuh laungan-laungan meminta tolong.

Siddharta berkata:

Jangankan lohong-lohong, suara-suara yang terpekik terlolong itu juga segala-galanya bohong

Immanuel membalas kata-katanya:

Lohong-lohong itu ada. Dengan kasih Bapa, akan ditimbus lohong-lohong itu dengan segala kenikmatan syurga.

Pendeta Tua bersuara:

Biarkan sifar lohong-lohong yang ada. Jangan dilawan jalan yang mencipta!

Yang Terpuji menutup bicara:

Kumpulkan segala-galanya yang ada. Diadakan syurga dan dunia untuk memenuhi setiap lohong yang terbuka.

. . . . . . . . .

Tamat

Ahad, 23 Mac 2014

Arthur.


Dan telah selamat

menelaah sehingga tamat

sebuah penulisan keramat

tentang dunia yang semakin tenat

dan

dunia yang tak pernah kiamat

. . . . .

Arthur Schopenhauer: Essays and Aphorisms

. . . . .


-tamat-

Hidup!

World Spirit: This then is the task of all your labour and all your suffering: it is for this that you exist, as all other things exist.

Man: But what do I get from existence? If it is full I have only distress, if empty only boredom. How can you offer me so poor a reward for so much labour and so much suffering?

World Spirit: And yet it proportionate to all your toil and all your suffering, and is so precisely on account of its meagreness.

Man: Indeed! That passes my comprehension.

World Spirit: I know it does. (Aside) Should I tell him that the value of life lies precisely in this, that it teaches him not to want it? For this supreme initiation, life itself must prepare him.

. . . . . . . . .

On Affirmation and Denial of the Will to Live, Arthur Schopenhauer

Sabtu, 22 Mac 2014

Ubah, ubah, ubah!


Tidur lewat, bangun lambat.

Mandi lambat, nak keluar penat.

Duit tak dapat, nak jalan-jalan tak semangat.

Bahasa Jepun tak buat, habiskan buku tak larat.

Ke monitor mata melekat, dah dengar lagu punggung malas nak diangkat.

Ubah sikap mu, ubahlah cepat.

Jangan sampai dirimu dicap keparat!


-tamat-


Kejar.

Aku nak kejar apa yang aku nak buat masa mula-mula masuk universiti dulu. Aku dah putuskan untuk meneruskan pembelajaran bahasa Jepun supaya aku berpeluang untuk menggali seberapa banyak ilmu di negara Matahari Terbit.

Kontradiksi antara tradisi dan kemodenan, adab sopan dan kehidupan liar, spiritualiti dan keagamaan amat memukau pemikiran. Bagaimana sebuah masyarakat kepulauan mempunyai pemikiran dan peradaban yang begitu rumit namun mampu untuk mengadaptasi elemen-elemen baru yang diperkenalkan seolah-olah ia merupakan nilai asal masyarakat Jepun?

Bagaimana Jepun begitu pantas menawan puncak kemajuan dan kemodenan meskipun baharu saja terlepas dari cengkaman pemulauan yang dipaksakan oleh Keshogunan Tokugawa dan pemusnahan besar-besaran secara fizikal dan mental oleh bom atom dan dasar pembasuhan pemikiran oleh Amerika Syarikat pasca Perang Dunia Kedua?

Bagaimana sifat liberal terhadap wanita masih mampu memelihara kesucian dan kelangsungan perkembangan  mental masyarakat Jepun yang sering ditohmah sebagai meng'alat'kan wanita dengan unsur seksual dan perhambaan. Walaupun begitu, wanita-wanita mereka masih lagi mampu berdaya saing dan berfikiran positif tanpa rasa rendah diri terhadap dominasi kaum lelaki yang terkenal dengan sifatnya sebagai penganiaya di seluruh dunia?

Jepun. Jepun. Kau memukau aku dengan kreativiti dan keberanian kamu.

Jumaat, 21 Mac 2014

Andai


Andai kata kau mementingkan

Jalan

daripada 

Pemilik Jalan

Sampai bila kau akan ketemu Tuhan

Maha Berkuasa Pengilham Jalan?


-tamat-

Unik


Bagai dicarik-carik

Dibakar bahang mentari terik

Saban hari dilorek-lorek

Jiwa ditarik

Jasad dikorek

Siapa bilang begitu mudah menjadi unik?


-tamat-


Syukur


Sekurang-kurangnya

dengan kelulusan

kemahuan

dan kemampuan

aku mampu membina kehidupan

meskipun tidak dihurung kekayaan

yang manusia mimpi-mimpikan


-tamat-

Khamis, 20 Mac 2014

Bacalah!

Untuk tempoh yang amat singkat, iaitu bermula dari Januari 2013 sehingga Mac 2014, aku terfikir. Agak-agaknya, dah berapa banyak pemikiran manusia yang aku cuba selongkar sedikit demi sedikit. Hari ini baru teragak nak kira berapa. Hahaha

Updated 8/4/2014

Tahun 2013:

- The Collected Poems of Emily Dickinson
- The Works of Alfred Lord Tennyson
- Leaves of Grass, Walt Whitman
- The Book of Five Rings, Miyamoto Musashi
- The Temple of Golden Pavillion, Yukio Mishima
- Fifty Shades of Grey, E.L James
- I Wandered Lonely as a Cloud, Ann Sampsons
- A Life of Jesus, Shusaku Endo
- Silence, Shusaku Endo
- Ratib Kalbu, Sutung Umar RS
- Poems of the Sinner, A. Wahab Ali
- Kapal Kertas dan Lautan Api, Siti Zaleha M. Hashim
- The Essential Gibran, Khalil Gibran
- The Essential Rumi, Coleman Barks
- Like the Flowing Rivers, Paulo Coelho
- Pemikiran Al-Kindi, Shahibuddin Laming
- Ibn Taimiyyah, Muhammad Kamil Hj Abdul Hamid dan lain-lain
- Pantun dan Bahasa Indah, Datuk Seri Utama Rais Yatim
- Mohammed Morsi: Khilafah Kembali ke Bumi Kinanah, Zainudin Hashim
- Mesir Sebelum dan Selepas Dr. Mursi, Riduan Mohd Nor dan lagi satu
- Dari Perbendaharaan Lama, HAMKA
- The Picture of Dorian Gray, Oscar Wilde (masih membaca)
- Treatise on Civil Government, John Locke (masih membaca)
- Agenda Politik Syiah, Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni
- Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps, Allan & Barbara Pease
- Tao Te Ching, Lao Tzu
- Analects, Kung Fu Tzu
- The History of God, Karen Armstrong
- Travel Through Jewish America, Henry Golden
- Collected Poems of Pablo Neruda (masih membaca)
- Collected Poems of Oscar Wilde
- Pengakuan Penyair, Penulis Pelbagai
- Doktor Umum, Tun Dr. Mahathir Mohamad (masih membaca)

Tahun 2014:

- Essays and Aphorisms, Arthur Schopenhauer 
- Thus Spake Zarathustra, Friedrich Nietzsche
- How We Think?, John Dewey
- Studies In Ibadhism, Amr Ennami
- An Introduction to Zen Buddhism, Daisetsu Teitaro Suzuki
- On the Origin of Species, Charles Darwin (masih membaca)
- I Think, Therefore I Am, Lesley Levene
- Penulisan Puisi: Kreativiti, Praktik, dan Diskusi 1, Lim Swee Tin
- Penulisan Puisi: Kreativiti, Praktik, dan Diskusi 2, Lim Swee Tin
- Penulisan Puisi: Kreativiti, Praktik, dan Diskusi 3, Lim Swee Tin
- The God Delusion, Richard Dawkins
- Ethics, Benedict Spinoza (masih membaca)
- Key Philosophical Writings, Rene Descartes (masih membaca)
- Pertembungan Tamadun & Pembentukan Semula Orde Dunia, Samuel P. Huntington (belum mula)
- Haji, Ali Shariati
- Akhirnya Kutemui Kebenaran, Dr Muhammad al Tijani al Samawi
- Life and Thought of Murtaza Muttahari, Mahmood T. Davari
- Geisha: A Unique World of Tradition, Elegance and Art, John Gallagher (masih membaca)
- Weapons and Fighting Techniques of Samurai Warrior, Thomas D. Conlan (masih membaca)
- Pergolakan Pemikiran Islam, Catatan Pemikiran Ahmad Wahib (belum mula)
- Kebangkitan Semula Asia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (baca semula)
- Kerajaan Islam Sepanyol, Rosli Mokhtar

Ok. Aku dah tak larat mengira. Mata dah berpinar. Harap-harap sebelum bekerja dapat habiskan semua koleksi yang ada sebelum baca semula.

Tahap

Sampai suatu tahap

Sehingga waktu tenat dilahap

Minda mulai bengap

Jiwa mulai menguap

Cinta jangan kau lenyap


-tamat-





Rabu, 19 Mac 2014

Sehari


Bagaimana kalau

kita diberikan satu hari

yang mana

segala perkara yang tidak 

kita sukai

tidak akan sekali-kali

terlintas di hati.


Apakah yang akan kita lakukan nanti?


-tamat-

Ubah


Bantu aku untuk berubah

Mengubah dunia perlu bermula

dengan mengubah diri aku 

dan segala-galanya

yang dulu-dulu


-tamat-

Sementara

Betapa aku terlupa

Kasih bapa yang tiada tara

Hanya kerana

semata-mata

nikmat komunikasi talian

yang sementara.


-tamat-

Isnin, 17 Mac 2014

Rumusan.

Pada suatu hari, ada seorang sahabat bertanya kepada aku,

A: Bro, macam mana kau buat benda yang kau tak suka selama lima tahun?

F: Tak suka? Senang je, kau jadikan benda yang kau tak suka tu sebagai part time dan benda yang kau suka sebagai full time.

Berikut adalah jawapan penuh yang tidak dapat diluahkan kerana kesuntukan masa.

*pembacaan adalah digalakkan. tak baca pun tak pa. saja nak share.

. . . . . . . . .

Sempena pertukaran status ini, nak jugalah berkongsi sedikit sebanyak pengalaman selama hampir 5 tahun di AIKOL.

Undang-undang bukan merupakan pilihan hati walaupun nombor satu dalam permohonan UPU. Aku lebih mengharapkan dapat menyambung pelajaran di UIAM dalam jurusan Sejarah dan Tamadun dan di UM dalam jurusan Pengajian Asia Timur.

Jadi, belajar di AIKOL merupakan pembelajaran secara setengah masak dan lebih mengutamakan hidup berfoya-foya daripada keseriusan menuntut ilmu.

Tapi, di AIKOL juga aku bertemu rakan-rakan yang begitu optimis, positif dan berdedikasi dalam pelajaran. Lalu aku pun terfikir, kenapa aku tak begitu.

Jadi, bermula pada tahun yang pertama selepas satu semester di CELPAD, aku mula mengejar apa yang aku mahu dahulu. Dan perkara ini dilaksanakan mengikut tingkatan tahun.

Pada tahun yang pertama, aku menumpukan perhatian kepada pembacaan buku-buku sejarah. Sejarah Islam menjadi tumpuan. Tak dilupakan sejarah Asia Timur dan sedikit sejarah Eropah dan Amerika Syarikat. Tidaklah aku pakar mengenai sejarah, tetapi sekarang aku dapat melihat penipuan-penipuan slogan berteraskan sejarah, agama, ideologi dan politik.

Pada tahun yang kedua, aku mula mendalami sedikit demi sedikit bahasa Jepun. Bahasa Jepun menemukan aku kepada keindahan ajaran Buddha dan Shinto serta ajaran-ajaran berteraskan Buddhism di seluruh dunia.
Insyaallah akan diteruskan Bahasa Jepun ini kerana bahasanya yang indah dan gadis-gadisnya pun indah-indah jugak.

Pada tahun yang ketiga, aku cuba untuk mengasah bakat di dalam lukisan. Maklumlah, minat sangat dengan kartun. Segala apa yang boleh ditiru akan ditiru sehinggalah mampu untuk mengubah sedikit sebanyak untuk mengikut citarasa sendiri. Sekarang ni, dah putus asa dah. Memang kurang bakat melukis ni. Kena banyak kemahiran dan imaginasi. Yang aku ada kemalasan je.

Tahun keempat merupakan tahun yang amat kritikal. Luka-luka yang ditoreh-toreh pada setiap sudut di ruang hati menambahkan lagi kefoya-foyaan dalam pembelajaran.

Pada tahun ini, aku mula menerjah masuk ke dalam bidang falsafah dan kesusasteraan. Falsafah pelbagai mazhab Buddha termasuk Taoism dan Confucianism, pasca pencerahan serta puisi-puisi Inggeris menjadi pilihan hati. Kristianiti juga mula diterokai secara serius. Mazhab-mazhab Islam di luar jalur utama turut menjadi kajian.

Tahun kelima, tahun resit. Tahun ini tetap diteruskan walaupun rasa mual dan muak sudah mula menguasai otak dan tekak. Muntah terpaksa ditahan-tahan dan topeng terpaksa kembali disarung pakai. Falsafah pesimistik dan novel-novel berunsurkan Kristianiti serta ultra-Nasionalism Jepun di ulang baca.

AIKOL turut mengajar aku menghargai Black Metal, Symphonic Metal, pelbagai cabang Syiah, Ibadhism, deism, pantheism, anak patung, liberalism, atheism dan sekularism yang tak pernah aku fikir akan menjadi begitu rapat dengan aku kerana label anti-Islam yang terlekat kemas pada kategori-kategori di atas.

Begitulah kisahnya. Memang membunuh diri cara aku lepaskan tekanan. Hahahaha.

. . . . . . . . . .

Amaran!

Jangan contohi kisah di atas. Sebab pointer gerenti rendah. Mungkin nanti tak minat amalkan satu pun yang kita belajar.

Ahad, 16 Mac 2014

Balada Penganggur Single!


Siapa tahu

jenis


kerja-kerja


yang mana

aku tuan

dan 

aku raja


kerjanya makan

dan

tidur saja


banyak membaca

dan

kurang tulisnya


kurang berkata

dan 

senyum sahaja?



-tamat-

Khamis, 13 Mac 2014

Seorang/Kumpulan

Seorang atau berkumpulan?

. . . . . . . . . .

Kegiatan intelektualisme yang bergerak secara berseorangan tanpa dinaungi atau memayungi mana-mana pihak cenderung mendapat gelaran
'intellectual masturbation'.

Namun, perlu diingat. 'Intellectual masturbation' itu lebih baik sifatnya kerana kenikmatan dan kesakitan itu hanya perlu ditanggung secara berseorangan.

Manakala, kegiatan intelektualisme secara beramai-ramai itu agak kurang sesuai kerana perbezaan cara fikir manusia dan maklumat yang didapati menyebabkan hasil pemikiran sentiasa berbeza dan tidak pernah sama.

Kegiatan seperti ini lebih sesuai digelar sebagai 'intellectual orgy' kerana kenikmatannya dirasai secara bersama-sama, nama beban 'hangover'nya ditanggung berseorangan.

Kenikmatan di dalam 'intellectual orgy' hanyalah apabila ramai orang bersetuju dengan hasil pemikiran yang sama dan kesengsaraan hadir apabila terdapat perbezaan dalam mentafsir pemikiran yang sama yang mengakibatkan hasil pemikiran yang baru itu tidak serupa sehingga perbezaan itu tidak dipersetujui atau diterima oleh sesama ahli ('hangover').

Kritikan demi kritikan yang diterima oleh sesama intelektual adalah hujah bahawa bersama dan tidak sekepala (baca: menghadkan penghasilan teori baru semata-mata untuk menjaga hati dan tradisi) itu adalah suatu beban berbanding dengan berseorangan dan hanya perlu mengawal satu kepala (kemungkinan salah, namun salah yang berhujah).

Kita hanya boleh mengajak manusia berfikir. Tetapi bukan mengajak manusia mengikut cara kita berfikir.

. . . . . . . . . . 

Soalan:

Bagaimana untuk menghadapi suatu keadaan di mana yang sedang berhujah itu kedua-duanya betul dan salah?


- tamat -