Sabtu, 31 Disember 2022

2022

 Hari ini

untuk ketigapuluhtiga kali

hari akhir tahun lagi.


Aku masih tercari-cari

tempatku 

di dunia ini.


Mungkin satu tahun lagi

akan kujumpa apa yang kunanti

nanti.


Selamat tinggal tahun ini

Kubawa penat dan lelah hati 

ketahun seterusnya 

sekali lagi.


-tamat-

Khamis, 29 Disember 2022

Penat

 Terlalu banyak benda yang nak dibuat.

Tak sampai satu pun yang siap.


-tamat-

Rabu, 21 Disember 2022

Cadar

Kekasihku hanya sehelai cadar buruk

Yang senantiasa aku peluk

Saat aku hidup terperuk

Mengenang nasib ku yang buruk 

 

-tamat-

Isnin, 19 Disember 2022

Tanda soal.

 Tuhanku.

Aku dah buntu.

 

-tamat-

Selasa, 13 Disember 2022

Kemas

 Aku kena kemas balik kehidupan aku.

Dah serabut sangat dengan kenangan dan cita-cita yang tak kesampaian.

Kenalan pun makin berkurangan.

Nak mula balik dari mula walaupun mustahil untuk reset semua.

-tamat-

Ahad, 11 Disember 2022

Hangat

 Kesilapan aku ialah aku tidak pernah memberi seratus peratus dalam apa pun yang aku buat.

Aku akan jadi cepat bosan dan apabila berjumpa dengan kesusahan, aku tinggalkan dan beralih ke perkara yang baru.

Hangat-hangat tahi ayam.

Aku menjadi mangsa kepada ketakutan dan kebosanan diri aku sendiri.

-Tamat-


Jumaat, 9 Disember 2022

33

 Semalam

hari lahirku

yang 

ke tiga puluh tiga.

 

hari ini

aku kembali 

merasa

seperti

tidak berguna

tak ubah seperti

malam

sebelum 

semalam

 

semangat ku hilang

aku seperti tidak mahu

berjuang

aku kembali

bersenang

 lenang

aku lupakan

tulisan 

dan

bacaan

 

semangat ku 

kembali mengurang

tidak seperti

malamnya

sebelum

usia 

tiga puluh dua ku

mula menghilang

 

-tamat-

Rabu, 2 November 2022

Terima

 Ku terima semua ini.

Sudah tertulis takdir Ilahi.


Penat sudah aku melawan.

Kini biarkan aku tertawan.


-tamat-

Selasa, 13 September 2022

Penat

 Aku dah lelah

Setiap hari aku meluah

Resah

Gelisah

Menanti masa depan

bila hendak berubah?


-tamat-

Isnin, 5 September 2022

Lapan

 Oh.

Aku tertinggal.

Catatan bulan Lapan.


Tak sekalipun.

Aku menulis.

Walau secebis pun catatan.


Hatiku penuh

Keraguan

dan

Kesedihan tanpa pengharapan.


Oh.

Bulan lapan.

Pengakhiran mu tiada perubahan.


Aku masih di sini

dilambung kegundahan.


-Tamat-

Jumaat, 29 Julai 2022

Jumaat

 

Hari Jumaat

Hari berehat

Otak yang penat, 

meluahkan lega 

menanti tibanya Sabtu 

dan Ahad.

 

-tamat-


Khamis, 28 Julai 2022

Dekad

 

Sedekad yang lepas, aku hidup dengan penuh harapan.

Lagi setahun untuk tamat belajar undang-undang.

 Selepas ini, aku akan bebas untuk belajar apa yang aku suka.

 

 Tahun yang sama, aku mula bercita-cita untuk bercinta.

 Dua tahun memendam rasa.

Sekarang tiba masa untuk menyunting sekuntum bunga.


Dari segi pendidikan, aku dah mula semakin faham.

Apa yang aku pelajari dua tahun sudah.

Semakin ringan syarahan dan bebanan.


Persahabatan pun semakin erat.

Kawan dianggap sebagai saudara.

Ke mana-mana sentiasa bersama-sama.


Aku sudah menerima hakikat.

Inilah kehidupan selepas persekolahan.

Di menara gading perjuangan diteruskan.


Namun malang.

Tahun depan, bencana bertimpa-timpa.

Aku menjadi graduan yang kehilangan arahnya.


-tamat-

Isnin, 25 Julai 2022

Putus

 

Putus harapan

Putus pengalaman

Putus kewangan

Putus pembelajaran

 

-tamat-

Jumaat, 22 Julai 2022

Kalah

 

belajar kalah.

 main game kalah.

kehidupan apatah lagi.

 

serba salah

dan

serba kalah. 


-tamat-

Lawan

 

andaikata aku tersungkur

berikan aku kekuatan

untuk terus berdiri dan melawan

demi impian dan masa depan


-tamat-

Mimpi


impiannya besar.

tetapi berhati kecil.


sampai bila

harus bergumpal dengan penyesalan.


yang pipih 

takkan datang melayang.


yang bulat 

takkan datang bergolek.


-tamat-

Khamis, 17 Mac 2022

Kesilapan

Pada tahun 2013, aku berhenti belajar bahasa Jepun. Katanya nak fokus untuk tahun akhir di fakulti Undang-undang.

Masuk tahun 2014, kononnya nak fokus cari kerja. Dah kerja sibuk pulak sampai tak ada masa ulangkaji.

Tahun 2015, dah sambung belajar balik. Tapi lari bidang. Buat tesis pasal China. Terus baca tentang China sahaja.

2019, masuk Phd. Baru nak mula balik. 2020, Covid datang. Terus tak semangat dah nak study dan belajar Jepun.

2022, terus lemas dan tenggelam. Bila agaknya nak mula balik?

Tamat.