Ahad, 23 Februari 2014

Jatuh

Mudahnya jatuh cinta

Tengok mata pun dah sengsara

Belum lagi keluar suara


-tamat-

ILMU 3

Begitu hina orang yang berilmu

Andai ilmu itu

Bukan ilmu guru mu

Bukan ilmu guru kepada guru mu

Bukan ilmu guru kepada guru kepada guru mu

Bukan ilmu sekutu-sekutu mu

Bukan ilmu yang kau mahu

dan

Bukan ilmu yang mampu menghitamkan jumud beku kepala otak mu!


-tamat-

Jumaat, 21 Februari 2014

ILMU 2

Peluru-peluruku

takkan menembus tubuh-tubuhmu.


Peluru-peluruku

hanya menembus minda-mindamu.


Darah-darahmu 

tidak akan mengotorkan tubuhku


Darah-darahmu

hanya akan mengotorkan

 hitam-legam hatimu


-tamat-

Khamis, 20 Februari 2014

Darah


Bagaimana untuk aku menerima amanah

Daripada tangan-tangan bersalut darah

Mengelar manusia sehingga parah

Menembak manusia dengan pelbagai jenis anak panah

Membangkit tidak puas hati dan marah

Atas alasan dia sebenar-benarnya penunjuk arah?


-tamat-

Rabu, 19 Februari 2014

Ilusi


Cinta sebagai

sebuah

Illusi yang Maha Besar.


Semata-mata kerana 

suatu rasa 

yang dikatakan sama


Kita korban jiwa

dan

Kita bunuh segala-gala.


Sedangkan kita

Masih juga 

Dua entiti yang berbeza


Tidak sama syurga

dan

Tidak sama nerakanya!


-tamat-

Selasa, 18 Februari 2014

Aku

Ingin aku tanyakan

Mengapa engkau

Memilih aku?


Aku bukan 

Orang kaya baru.

Bukan juga berwajah kacak

Dan mampu membuat wanita lain cemburu.


Aku teringin nak tahu.

Siapa aku di mata mu.

Mengapa aku ditolak dahulu.

Adakah aku begitu hina di hujung matamu.


Bukan aku tak mencintai mu.

Bukan aku tak mengasihi diri mu.

Akan ku beri seluruh jiwa ragaku.

Sehingga maut menutup mataku.


Aku mahu bertanya kepadamu.

Pilih satu antara dua soalan itu.


-tamat-

Ahad, 16 Februari 2014

Tuhan


Setiap mata yang menangis

Setiap darah yang menitis


Tuhan.

Andai rahmat-Mu tak akan habis.


Hapuskan segala yang ditulis.

Biar kami yang melukis!


-tamat-

Kutu.

"Ah.. Terlambat bangun. Kelas pukul lapan. Bangun tigapuluh minit sebelum pukul sembilan."

"Biarkanlah... Bukan kelas penting. Cuma kelas sejarah dan falsafah agama."

"Mata pun tak mampu nak buka. Kembali beradulah jawabnya."

. . . . . . . . . .

"Engkau! Bangun! Cepat bangun!"

"Eh... kenapa ni? Baru nak lelap mata dah dikejutkan entah siapa."

"Bangun! Cepat bangun! Kau mahu dicabut nyawa?"

"Siapa tu? Malaikat maut? Siapa kau yang suka-suka mahu mencabut nyawa?"

. . . . . . . . . .

"Aku ialah engkau! Diri engkau yang telah lama kau tinggalkan! Kau siapa mahu menanya-nanya aku?"

"Engkau? Aku? Engkau adalah aku? Habis aku ni siapa?"

"Engkau adalah aku. Tetapi aku yang baru. Aku yang dah lupa siapa aku."

"Engkau! Pergi! Pergi jauh dari aku. Siapa engkau mahu kembali ke sisi ku?"

. . . . . . . . . .

"Nampaknya engkau sudah lupa. Engkau dulu ialah orang yang bagaimana. Mari. Dengarkan kataku."

"Ah! Aku tak mau. Kau itu cerita dulu-dulu. Kau itu cerita yang aku kebumikan dulu."

"Diam! Engkau lupa agaknya. Tanpa aku, tiada engkau yang kini menolak aku. Tanpa aku, engkau takkan sampai ke tahap ini dulu!"

"Ah. Tuhan lebih tahu. Aku kini adalah yang lebih baik daripadamu. Aku kini adalah manusia terbaik tanpa mu."

. . . . . . . . . .

"Pergi! Aku mahu tidur. Jangan ganggu tidur lenaku!"

"Kau pasti mahu tidur? Kau pasti mahu kucabut nyawamu?"

"Tidak akan mati aku dibunuh oleh aku yang dahulu. Kerana engkau juga adalah aku!

"Baik. Teruskan hidup didalam lenamu. Teruskan dibuai mimpi-mimpi yang menipu."

. . . . . . . . . .

"Alamak! Aku terlupa hari ini ada pembentangan tentang topik penyebaran Islam di Tanah Melayu dan unsur-unsur Melayu dalam pengamalan Islam di gugusan Kepulauan Melayu."

"Ah. Pedulilah. Bukan aku yang bentang."

"Lagipun, apa ada dengan Melayu? Setakat gah di buku-buku."

"Tamadun Hindu dan elemen-elemen Melayu-Hindu juga yang dijunjung tinggi ke langit biru."

. . . . . . . . . .

"Aku Melayu baru. Buat apa mahu mengimbas kembali hidup Melayu dahulu."

"Cukup dengan identiti baru. Cukup dengan ideologi baru."

"Aku redha hidup sebagai kutu yang hidup menumpang sepanjang waktu."

"Aku rela. Biarpun matiku nanti di tangan syampu kutu yang juga menumpang di rambut tuan ku!"

-tamat-

Lembu

Alangkah bahagia menjadi lembu:




Mengunyah sana, mengunyah situ.




Begitu luas langit terbentang biru




Lembu tak ambil tahu.





Melintas sana, melintas situ




Begitu laju kenderaan dipandu lalu




Lembu tak pernah tahu.





Berfikir itu tak perlu.




Kunyah saja rumput-rumput itu.




Lintas saja di mana-mana mahu.





Bahagia sungguh menjadi lembu




Moo sana, moo situ




Takkan marah pengembala yang menunggu.





Bahagia sungguh menjadi lembu




Rayau sana, rayau situ




Buang tahi mana-mana pun tak perlu malu.





Bebas itu memang fitrah seekor lembu




Sebab lembu sememangnya tak tahu




Apa itu marah, apa itu malu.





Alangkah bahagia menjadi lembu!


-tamat-

Lidah

Lidah yang 

begitu tajam


dan


menikam




betapa aku


mengharapkan ia

untuk 

terus diam




tanpa 


terus menambahkan


jumlah kurban 


yang tertikam



-tamat-

Falsafah


Apakah salah,

Seorang ahli falsafah?


Berfikir itu suatu fitrah,

Berfikir itu sesuatu yang diarah.


Andai tersilap, andai tersalah

Tidak perlu digilap pisau berdarah.


Cukup dengan disanggah.

Cukup dengan dibantah.


Menyanggah dengan hujah.

Membantah tanpa fitnah.


-tamat-