Isnin, 30 September 2013

Sampah



Macam sampah
bersepah-sepah
tak tentu arah
di sumpah seranah
siapa yang kisah
badan lemah
hati berdarah
amarah tak sudah


Tinggal



Ku tinggalkan hari ini
dengan resah di hati.

Seolah-olah bumi ini
akan menimbus aku sehingga mati

-tamat-

Ahad, 29 September 2013

Ahad!



Hari ini 
hari Ahad.

hari cuti
dan 
hari penamat

satu minggu 
yang amat penat

Sabtu, 28 September 2013

Pantai



Sekali air bah.
Sekali pantai berubah.

Hendak



Aku nak lurus!

Soalan



Kalau-kalau Tuhan
bertanya aku satu soalan
Adakah mampu sebagai insan
aku memberi satu jawapan?

-tamat-


Khamis, 26 September 2013

Lepas



Aku lepaskan
Tangan yang tak pernah dalam genggaman.
Kerana aku disedarkan
Keengganan mata memberi pandangan.

-tamat-

Sayang



Sayangkan anak tangan-tangankan
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan
Sayangkan kekasih hati?

Hanya mampu doa-doakan.

-tamat-

Rabu, 25 September 2013

Topeng



Agak-agak
dalam banyak-banyak
penyangak-penyangak
mana paling banyak
topeng-topeng rongak?


-tamat-

Lari


Anak mata yang dibawa lari
Membuat timbul rasa sangsi
Adakah itu petanda benci
Atau kasih yang bersembunyi?

-tamat-

Selasa, 24 September 2013

Jalan



Jalan ini yang dipilih.
Jalan itu yang dirintih.

-Tamat-

Isnin, 23 September 2013

Pelaga



 Kita ibarat sepasang ikan laga.

Bertempur kita 
di ruang yang sama.

Menggelupur kita
dipisah jarak dan masa.

-tamat-

Ahad, 22 September 2013

Mata



"Mata memandang
Mata menggoda 
Mata oh mata.

Dari mata dia datang.
Terus ke hati.
Dari matanya oh sayang
Cinta bersemi."

 Di sebalik kaca matanya
Berlari-lari anak matanya
Aku cuba mengejarnya
Tak tercapai tangan menggengamnya.


-tamat-

Sabtu, 21 September 2013

Semata-mata



sahaja aku

membuka mata

memasang telinga

hanya kerana

semata-mata

kerlipan mata

alunan suara

menggoda jiwa

merasuk minda

seorang wanita

-tamat-

Jumaat, 20 September 2013

Suram



Apa lagi yang mahu dipendam?

Kalau balairungseri pun suram.

Ruang beradu pun kelam.

Perkarangan pun dah malam.

-tamat-


Khamis, 19 September 2013

Cakap



Kalau aku bercakap
aku tak pasti kau dapat tangkap

Bukan sebab kau tak cekap

Bukan juga sebab kau cemerkap

Tapi apa saja yang aku cakap
hanya untuk engkau aku ungkap

Tanpa sedar aku ucap.


-tamat-

Rabu, 18 September 2013

Gibran



Biarkan Gibran

menjadi teman

menanti Bulan

menghuni taman.


-tamat-

Bebas



Minda bebas

tak terlepas

diganggu buas

laut lepas

dan 

awan bebas


-tamat-

Selasa, 17 September 2013

Kau nak tolong?



Kau nak tolong?
Sampah-sampah terpekik terlolong
Di pinggir lorong?

Kau nak tolong?
Sampah-sampah hanyut berbondong-bondong
Di tengah lombong?

Kau nak tolong?
Sampah-sampah dilambung-lambung
Dilontar masuk ke dalam tong?

Kau nak tolong?

-tamat-

Magdalene



Hari itu, sekali lagi dia di situ.
Di pangkal perdu dia menunggu.

Mari, kataku. Mari berkunjung ke rumahku.
Di situ, akan kujamu kau selayaknya sebagai tetamu.

Rumahmu?
Bukankah aku sudah berada disitu?

Mari, mari ke rumahku.
Mari kujamu minuman dan makanan untuk dirimu.

Kau yang mahu menjamu?
Tak perlu. Tak perlu.
Kau yang terlebih dahulu kujamu.

Mari, mari ke rumahku.
Aku merayu. Aku merayu.

Mengapa begitu berkeras kau mahu aku ke rumahmu?
Tak perlu. Tak perlu.
Kalau cinta yang engkau mahu,
sudah lama aku mencintaimu.

Pergi. Kembalikau ke teratakmu.
Biarkan aku di sini menunggu.

Atau kau enggan aku menumpang di halamanmu?
Andai benar begitu,
Izinkan aku menumpang lalu.

Mari, mari ke rumahku.
Aku merayu.
Mari ke rumahku agar selayaknya kau dijamu sebagai tetamu.

Dia bangkit dari situ.
Matanya ditumpu kepadaku.


Ketahuilah. Cintaku kepadamu adalah kerana dirimu.
Ketahuilah. Cintaku kepadamu bukan semata-mata kerana diriku.

Lantas dia berlalu.
Di perdu itu, aku termangu.

Hari itu, aku bukan aku yang dulu.
Hari itu, aku bukan Mariam yang itu.

-tamat-

Hati yang tidak berganjak


Tidaklah aku mendesak
Tidak juga aku terdesak
Cuma tak mampu aku mengagak
Apa saja yang kau hendak

Kalau api tidak marak
Tidak akan air menggelegak
Kalau kaki tidak memijak
Tidak akan badan bergerak

Kalau ajak tidak ditolak
Masakan hati akan berganjak?

-tamat-

Emas

Biar kurampas

kekunci emas

biar lepas

biar bebas

dari lemah

dari lemas

hidup bernafas

dipasung kemas

di hujung ruas

gading emas

-tamat-

Publik


Yang mencarik
Yang merobek

Politik
Taktik
Fanatik
Balistik

Yang dicarik
Yang dirobek

Publik


-tamat-

Isnin, 16 September 2013

Kata alu-aluan.



Kesinambungan kebosanankehidupan.

Nafas baru untuk berkongsi pandangan dan bukan semata-mata merebut perhatian mata-mata yang memandang.

Cetusan yang dikurniakan Tuhan menjadi wadah perkongsian dalam melayari kehidupan.

Penulisan menjadi teman. 
Meluahkan sesuatu yang tidak mampu diluahkan melalui lisan.

Bermula sebagai pemujaan terhadap seorang wanita, penulis hanyut dalam kasih sayang agung sang Pencipta.

Memetik kata-kata seorang teman
"yang baik disambar,
yang jahat dilempar"

Semoga bermanfaat!

-tamat-


Mengambang



Bulan mengambang
kian menghilang

sinarnya terang
kian menghitam

bulan mengambang
tinggalkan malam

mentari jadi warisan
kembali menyinar alam

-tamat-