Khamis, 23 Mac 2023

Puasa

 Ada satu bulan puasa.

Masa tu tengah short semester.

Tiada subjek wajib aku kena masuk masa tu.

 

Aku pun ambil kelas Mandarin.

Kelas tu mula pukul lima petang 

dan habis pukul tujuh malam.

 

Seronok betul masa tu.

Bulan puasa aku tak sia-sia dengan tidur 

dan fikir tentang bila nak berbuka.


Rindunya kelas tu.

Kalaulah boleh diundurkan waktu.

Tapi aku tak ingat pulak tahunnya bila.


-tamat-

Rabu, 15 Mac 2023

Sepuluh

 Sepuluh hari kemudian

aku masih mengeluh


-tamat-

Ahad, 5 Mac 2023

Mula semula

 Mulai saat ini

aku tak mahu lagi

senantiasa bersedih hati.


Hari ini aku akan gembirakan hati

dan bermula merampas kembali

masa lalu 

yang kumusnahkan sendiri


-tamat-

Rabu, 1 Mac 2023

Maret

Sekali lagi aku mencoret

 Kisah sedih di dalam potret

Di sore hari di satu Maret


-tamat-