Jumaat, 18 Oktober 2013

Pelik

Sangat pelik
Bila jatuh cinta
dengan idea 
pelik.

Isnin, 14 Oktober 2013

Coklat



Sepapan coklat
tak cukup kuat
menjadi ubat
penyembuh ingat

-tamat-

Jumaat, 11 Oktober 2013

Lari



Melihat dia pergi
Ibarat melihat
Separuh hati
Begitu ligat
Berlari-lari

-tamat-

Khamis, 10 Oktober 2013

Sepi


Sepi 
halang aku bersembunyi

Sepi 
halang aku bermimpi

Isnin, 7 Oktober 2013

Lupa, lupa



Susah nak lupakan sesuatu
yang tersimpan dalam fikiran.

Nak-nak pulak, 
yang melibatkan cinta hati dunia akhirat.

Sabtu, 5 Oktober 2013

Laung lolong



Biar kau melaung
Biar kau melolong
Ini kau punya gaung
Ini kau punya lombong

Bak datang aku punya gaung
Bak datang aku punya lombong
Aku punya laung, kasi gegar banjaran gunung
Aku punya lolong, kasi gegar bangunan panggung

-tamat-

Radio



Biarkan radio itu bersuara
Sekurang-kurangnya
Itu pengganti suara manusia

Dead Poet Society



I am the master of my fate.
I am the captain of my soul.

[invictus]

Khamis, 3 Oktober 2013

Ayah



Ayah
Dalam susah 
dan dalam payah
Ayah tak pernah rebah

sakit ayah bertambah
lelah ayah tak kebah
namun ayah kuat dan tabah

Marah itu sifat ayah
namun marah bukan penyebab murah
martabat tinggi seorang ayah

Hargai ayah
pedih hatinya bertambah parah
tak dipeduli daging dan darah

peluk ciumlah ayah
sabarlah dengan pelbagai karenah
terimalah segala yang ayah arah 

kerana ayah
harta termewah 
tak dapat diganti 
keringat dan darah
tak pernah kering ditumpahkan ayah
ke atas sekalian penghuni rumah.

Bayangan



Berselindung di sebalik bayang
tanpa peduli apa perlu ditayang
yang penting tahu kasih dan sayang




Buku



Entah..
Kadang-kadang
aku tak tahu
Apa yang aku baca.

Dari buku
tembus ke mata
Dari mata
tembus ke syurga.

-tamat-