Sabtu, 15 November 2014

Tukang kasut

'Anak pak cik masih menuntut..'
Tutur lembut si tukang kasut
'Nun jauh di daerah Besut...'
Sambung dia terbatuk semput
'Sudah lama dia mengikat perut.
Baru semalam, dia menyebut.'
'Apa jurusnya anak pak cik menuntut?'
Aku pun bertanya apa yang patut.
Hajat di hati menembus laut, mengali riwayat si tukang kasut.
'Jurusnya tentang pahitnya hidup...'
Si tukang kasut mulai berkerut.
Dia menjahit tapak tercabut,
Di hujung mulut tertancap rokok.
'Anak pula bagaimana hidup?'
Sudah bekerja atau masih menuntut?'
Soal balas si tukang kasut.
Menutup soal mengubah tajuk.
'Saya baru habis menuntut..
Atau sepatutnya bukan dipanggil menuntut
Kerana hidup sekadar seronok-seronok
Belajarnya tak masuk, ilmunya diperuk...'
Angin bertiup, awan membusut
Langit mendung tanda nak ribut...
'Sudah disambung apa yang tercabut.'
'Kertas merah yang kerunyuk
Hanya sehelai saya tuntut.'
'Terima kasih anak menghantar kasut
Dapat hasilnya mengisi perut.'
'Sama-sama si tukang kasut.'
Tuturku perlahan bernada lembut.
'Semoga berjaya di dalam hidup
Jangan pernah berhenti menuntut!'
Balas ringkas si tukang kasut.
Aku akur, hanya mengangguk.
Aku tinggalkan si tukang kasut,
Duduk seorang di tepi sudut.

-Tamat-


A riddle.

Lately, I have been thinking a lot of Neon Genesis Evangelion. Something is bothering my mind.

One day, when I was reading a book on Christianity, I found the phrase,'Eli, Eli lama Sabachtani.'

This phrase is not alien to me. I have known about this phrase a long time before I purchased my first Bible.

For your information, this is the phrase quoted from Jesus Christ during the event of crucifixion. It means, 'My God, My God, why have you forsaken Me?'

When I heard for the first time of this phrase, it is included in the lyrics of a System of A Down song, Chop Suey. Amazed with the magically constructed lyrics, I made a research on it and found this phrase embedded in Matthew 27:46 and Mark 15:34.

5 years later, I watched Neon Genesis Evangelion (NGE).

Whilst I was watching the anime, I was disturbed with lack of attention from Ikari Shinji's father, Ikari Gendo. He never show any emotion towards his son even after Shinji saved humanity from utter destruction.

Ok. Now this is the real matter.

What if we substituted Shinji as the Son of God, and Ikari Gendo as God the Father.

Does this ring a bell?

Jesus was crucified even after his greatest effort to spread the Word of God. His frustration of the silence from his Father was finally revealed at the Cross.

It is quite similar with Shinji's situation. However, both Shinji and Jesus never gave up and persisted on completing the missions ordered by their Fathers.

It is true that NGE is full with Judaeo-Christian references, but this kind of similarity is quite shocking to me. It is not superficially done by naming the characters and other props with religious identity. It is done by using the whole plot as the medium to convey the real story behind it.

Others characters can be seen as similar with their Biblical counterparts but as I am not an expert with the history of Christianity, I think it will be better for me to stop here.

Can I say that NGE is a complete retelling of the story of Jesus Christ using modern technology and robotic era as a disguise?

. . . . . . . . . .

Watching anime as a way to learn about other way of thinking and philosophy. Cool isn't it?

*I'm not sorry for my Engrish. Practice makes perfect.

Buku-buku Tahun 2014

1. From Socrates to Sartre - T.A Levine

2. The Theologico-Political Treatise and The Political Treatise - Benedict de Spinoza

3. After Dark - Haruki Murakami

4. Animal Farm - George Orwell

5. The Other Side of the Coin - Aiman Azlan & Ameen Misran

6. How to Win Friends & Influence People - Dale Carnegie

7. Man and His Symbols - Carl Gustav Jung

8. The Way of Zen - Alan Watts

9. Japanese Death Poems - Yoel Hoffman

10. Weapon and Fighting Techniques of Samurai Warrior -  Thomas D. Conlan

11. The Philosophy of Aristotle - Signet Classics

12. The Story of Philosophy - Will Durant

13. The Din-i-Ilahi or The Religion of Akbar - Makhanlal Choudury

14. Velayat-e Faqeeh - Ayatollah Ruhollah Khomeini

15. The Tale of Murasaki - Liza Dalby

16. The Guide - R.K Narayan

17. Interpreter of Maladies - Jhumpa Lahiri

18. Konsep Syariah Dalam Sistem Perbankan Islam - BIRT Sdn Bhd

19. The Japanese Mind - Davies/Ikeno

20. Pertembungan Tamadun dan Pembentukan Semula Orde Dunia - Samuel P. Huntington


Jumaat, 31 Oktober 2014

Pejabat.


Bekerja pejabat haruslah kuat
Sememangnya tak cukup rehat
Tidur di rumah still badan penat
Melayan karenah isteri dan anak.

Bekerja pejabat haruslah kuat
Ajaibnya syahwat still paling kuat
Berdepan gadis berbaju ketat
Terpandang betis gaunnya singkat.

Bekerja pejabat haruslah kuat
Jadi employee isnin jumaat
Dapat cuti hanya sabtu ahad
Bersembang kencang waktunya terhad.

Bekerja pejabat haruslah kuat
Naik motor bajet nak cepat
Di himpit kereta jalan tak muat
Melintas treler terus kus semangat.

Bekerja pejabat haruslah kuat
Kerana pejabat markas orang hebat
Ditekan dijerkah apalah sangat
Demi sepinggan makanan yang hangat.

-tamat-

Sabtu, 25 Oktober 2014

I Want to Write!


Some will write to ignite

Another would like to incite


To uphold one's right

or to show off might


a souless pen

can never decide


-End-

Jumaat, 24 Oktober 2014

Truth


Truth is my refuge

I've got nothing to lose.


I subscribe to different views

to blindly follow I refuse.


Disenchanted with the muse

of the so-called Truth,


I shall live in recluse

and despise the abuse


of truthful life untruth!

-end-

Jumaat, 3 Oktober 2014

Bangsa

Saat Afrika-Amerika meraba-raba sejarah bangsa.
Saat Ainu dirobek-robek ke'Ainu'annya
Saat Okinawa di'Jepun'kan secara rela
Saat Kashgar diperkosa komunis China
Saat Kurdish dikerat-kerat tanah tumpah darahnya
Saat India merah hanyalah penjaga tanah rizab dan kasino desa
Saat Gipsi disingkirkan di luar kota
Saat Rohingya hidup menumpang di luar negara
Saat Catalonia menguatkan suara
Saat Hong Kong menjulang 'payung'nya
Saat Meso Amerika dikuasai Hispanik dan Afrika Amerika
Saat Penan dikejar-kejar kerana hasil balaknya
Saat Muhajirin di Pakistan dihina-hina
Kita di Malaysia,
Dengan bangga menjual
separuh harga
Keris tersisip
seperti katana
digadai samurai
Atas nama kemodenan negara
dan penyatuan agama
Tanpa sedar
Bahawa Umayyah, Abbasiyah, Fatimiyah, Andalusia dan Uthmaniah
juga bergomolan sesama mereka
Walau diikat menjadi satu negara
di bawah naungan satu agama?

Bijan.

Kalau sajak jadi minyak
Akanku karang beri khalayak
Moga membakar di dalam otak
dan menghilang semua karat

Nanti undi pada yang layak
Bukan undi pada yang bongkak
Kaut harta terperi banyak
Hasil bumi semua dilanyak

Berilah sikit pada yang layak
Agar semua merasa nikmat
Hidup aman di tanah berkat
Pelbagai bangsa berbilang adat

Tolong rakyat bukannya berat
Setakat dua puluh sen apalah sangat
Tak banyak mana pun yang rakyat harap
Cukuplah subsidi jangan diangkat.

Namun sajak hanyalah sajak
Bisikan halus sekalian khalayak
Andai pimpinan terus cemerkap
Satu undi pun jangan diharap!

Ahad, 28 September 2014

スプツニ子!

Temuduga sebentar tadi berakhir dengan jayanya. スプツニ子 berjalan keluar dari bangunan tinggi milik syarikat multinasional tadi dengan senang hati.

'Awal lagi ni. Baru pukul sebelas pagi. Rasa-rasanya macam mahu berjalan-jalan menghirup angin pagi.'


Tanpa berlengah-lengah lagi, スプツニ子 menuju ke KLCC. KLCC terletak betul-betul di hadapan bangunan tadi.


Tidak banyak kenderaan yang lalu lalang. Yang kelihatan cuma para pekerja yang begitu segak berpakaian ingin melintas jalan.


'Kalau dapat kerja ini, senang hidup aku. Gaji tinggi, tempat kerja pun depan KLCC.'


Lampu isyarat trafik menunjukkan warna merah. Motosikal dan kereta mula berhenti. Lampu isyarat melintas menunjukkan warna hijau.


Dengan pantas, スプツニ子 melintas jalan menuju ke seberang. Bangunan KLCC kelihatan semakin dekat.


'Tingginya.'


スプツニ子 mendongak ke atas. Silau matanya apabila melihat pantulan sinaran matahari pada tingkat 88 bangunan tersebut.


Tiba-tiba, kelihatan sebuah motosikal menuju ke arah スプツニ子 dengan begitu pantas. スプツニ子 tidak sempat mengelak. Dia rebah di tengah-tengah jalan raya.


'Cepat-cepat. Hubungi ambulans!'


Jalan tadi mula riuh dengan jeritan. Pemandu kenderaan keluar daripada kenderaan mereka. Pejalan kaki pula cuba menghalang penunggang motosikal tadi daripada melarikan diri.


'Cepat. Dia tak sedarkan diri. Siapa-siapa yang mempunyai telefon bimbit, minta tolong hubungi ambulans dengan segera!'


Trafik bergerak perlahan. Hon mula dibunyikan. Siren kereta polis semakin kuat kedengaran. Kesedaran スプツニ子 perlahan-lahan mulai menghilang.


. . . . . . . . . . .


'スプツニ子, bangun. Mari ikut saya.'

Dalam keadaan separuh sedar, スプツニ子 mengosok-gosok matanya. Pada masa yang sama, sayup-sayup kedengaran suara memanggil-manggil namanya.


'Hendak ke mana?'

'Ke syurga.'

'Mana?'

'Syurga.'

スプツニ子 seakan-akan tak percaya apa yang didengarnya. Syurga? 

'Syurga itu apa ya?'

'Kau tak tahu apa itu syurga?'

'Ya.'

'Kenapa kau tidak tahu tentang syurga?'


'Kerana saya tidak beragama.'

'Kalau kau tidak beragama, apa perlunya kau bertanya tentang syurga?'

スプツニ子 terpinga-pinga. Betul juga kata-katanya. Kalau aku tidak mempercayai agama, apa perlunya aku mengambil tahu tentang Syurga?

Dipimpin oleh seorang lelaki yang bertuksedo hitam dengan selitan mawar merah didadanya, スプツニ子 dibawa menuju sebuah pintu yang bersinar-sinar tombolnya.

'Aneh benar pintunya. Warnanya gelap gelita sama seperti persekitarannya. Kenapa hanya tombol pintunya sahaja yang bersinar-sinar dan bercahaya?'

スプツニ子 hairan. Dalam keadaan yang gelap gelita ini, hanya tombol pintu sahaja yang kelihatan. Sinaran terang daripada tombol pintu tersebut sangat jelas sehingga menerangi dia dan lelaki yang mengiringinya.


'Kau tak tahu kenapa?'

'Ya.'

'Mahu tahu kenapa?'

'Ya.'

'Jawapannya, kerana pintu itu pintu syurga.'

'Itu tak menjawab soalan saya.'

スプツニ子 bengang. Dia merasakan seperti dia dipermain-mainkan. Hati kecilnya mengatakan bahawa dia berhak untuk mengetahui jawapan kepada setiap persoalannya.

. . . . . . . . . . .

Setelah berjalan untuk beberapa ketika, スプツニ子 mulai berasa lelah dan tidak berdaya. Perjalanan yang disangkakan sangat dekat, terasa seperti terlalu lama.

'Kenapa saya?'

スプツニ子 mulai bersuara. Suaranya memecah kesepian suasana.

'Kenapa apa?'

'Kenapa saya yang dipilih untuk masuk ke syurga?'

Lelaki bertuksedo tadi mulai berpaling ke arahnya. Namun, raut wajahnya tidak kelihatan. Cuma susuk tubuhnya sahaja yang sangat jelas apabila dipandang.

'Cuba tukar soalannya. Cuba tanya "Kenapa saya yang dipilih untuk dilahirkan ke dunia?"'

'Soalan itu tiada siapa yang ada jawapannya!'

'Soalan yang pertama juga tidak ada jawapannya!'

'Kalau tak tahu, jawab sahajalah tak tahu!'

'Pernah aku kata yang aku tahu segala-galanya?'

'Tak....'

スプツニ子 akur. Betul juga kata-kata lelaki itu. Dia tidak mendakwa dia tahu segala-galanya. Dia juga tidak memberitahu apa-apa sejak dari mula-mula.

'Adakah perlu untuk mendapat jawapan untuk setiap persoalan?'

Lelaki itu tiba-tiba bersuara. Baru dua kali dia memulakan bicara. Tapi, suasana yang gelap gelita dan fikiran スプツニ子 yang menerawang ke sini dan ke sana menghalang pertanyaan tadi daripada melekat di gegendang telinganya

'Maafkan saya. Cuba ulang soalannya. Tak dengar sangat butir bicaranya.'

'Penting sangatkah untuk mendapatkan jawapan untuk setiap soalan?'

Soalan tadi diulang. Agak keras kedengaran suaranya apabila diminta supaya mengulang untuk kali kedua.

'Jawapan amat penting kepada saya.'

'Kenapa?'

'Entah. Agaknya untuk menghilangkan tanda tanya...'

'Bukan untuk mendabik dada bahawa diri sendiri tahu segala-galanya?'

'Bukan... rasanyalah... Bila agaknya kita akan sampai ke syurga?'

スプツニ子 cuba mengalih topik perbualan. Dia merasakan bahawa lelaki ini tahu apa yang sedang bermain di fikirannya.

'Entah. Pintu pun belum lagi dibuka....'

'Tapi, pintu itu di depan mata kita..'

'Memanglah di depan mata kita. Tetapi, di mana kuncinya?'

'Lagak macam penjaga syurga. Lepas tu beriya-iya nak bawa ke sana. Tapi kunci pun tiada?'

'Penjaga syurga bukan pemilik syurga.'

'Eh... tak sama?'

'Mana boleh sama. Penjaga keselamatan rumah dengan pemilik rumah adakah sama?'

'Tak sama.'

. . . . . . . . . . . .

'Habis... nak tunggu sampai bila?'

'Tunggulah sampai bila-bila.'

'Kalau macam tu, bawa saya pulang.'

'Pulang ke mana?'

'Pulang ke tempat asal saya.'

'Inilah tempat asal kita.' 

'Kita? Saya bukan dari sini. Awak yang berasal dari sini.'

'Bukan. Ini tempat asal kita semua.'

'Kita di mana sebenarnya?'

'Di mana agak-agaknya?'

'Saya tak tahu. Saya tak tahu semua benda.'

'Kalau begitu, selama-lamanyalah tak tahu apa-apa.'

'Bukankah awak sendiri yang kata bahawa tidak semestinya semua persoalan kita tahu jawapannya?'

'Ya. Betul. Tetapi ada jawapan kepada soalan yang kita tahu jawapannya'

'Awak kata saya tahu jawapannya? Tapi saya tak tahu jawapannya...'

'Kalau awak tak tahu, saya juga tak tahu. Mari. Kita teruskan perjalanan. Syurga hanya terletak hanya di depan itu sahaja.'

'Tak mahu. Bawa saya pulang. Saya tak mahu berjalan-jalan lagi.'


スプツニ子 berhenti. Lelaki itu juga berhenti.


'Tak boleh berhenti. Masa terus berjalan. Pernah kau lihat masa yang dihentikan?'


'Saya tak nak berjalan lagi. Tak nak, tak nak dan tak nak! Bawa saya pulang!'


スプツニ子 mengeraskan suaranya. Dia mahu pulang ke rumah. Dia mahu memulakan kehidupan barunya selepas bergelar graduan.


'Sama ada kau terus berjalan atau kau mahu tinggal di dalam kegelapan. Pilih satu antara dua.'


Lelaki bertuksedo hitam memberi kata dua. スプツニ子 tetap dengan pendiriannya. Dia mahu pulang. Dia tidak mahu meneruskan perjalanan. 


'Bawa saya pulang! Bawa saya pulanggggg! Saya nak balik rumah !!! Aaaaaaarrggghhhhh!'

スプツニ子 mula meraung-raung. Dia mahu pulang. Dia tidak mahu selama-lamanya terkurung di dalam dimensi yang dia sendiri tidak tahu di mana permulaan dan penghujungnya.

'Suka hati kau.' 


Lelaki itu meneruskan perjalanan. Dia meninggalkan スプツニ子 seorang-seorang di dalam kegelapan.


'Masa akan terus berjalan walaupun kau enggan meneruskan perjalanan. Lagipun, jeritan engkau tiada ada siapa dapat dengar, apatah lagi untuk meminta bantuan.'

スプツニ子 rebah. 

Kelihatan sebentuk kunci yang bersinar-sinar menjelma keluar daripada jasadnya.


. . . . . . . . . .

Tamat.


Khamis, 18 September 2014

Rumiko (Versi Penuh)

Petang di Sekolah Tinggi Sakuragaoka agak meriah. Aktiviti ko-kurikulum yang dijalankan pada waktu ini mengikat para pelajar untuk terus berada di perkarangan sekolah. Namun, Rumiko agak gelisah. Adik tirinya menanti untuk dijemput di perkarangan kawasan tadikanya.

'Misaka, Nanako, aku kena balik dulu. Ada hal keluarga sikit.'

'Rumiko, takkan dah nak balik? Mesyuarat kelab pun tak mula lagi.' Marika yang baru muncul dari belakang menyapa Rumiko yang tergesa-gesa mahu keluar dari bilik kelab.

'Aku kena jemput adik tiri aku dari taman asuhan kanak-kanak. Risau nak biarkan dia balik ke rumah jalan kaki seorang diri.'

'Tak mengapalah. Kau baliklah dulu. Nanti apa-apa keputusan mesyuarat akan kami maklumkan esok dalam kelas.' Nanako, selaku presiden kelab memberi kebenaran kepada Rumiko untuk pulang.

‘Betul tu. Kau baliklah dahulu. Keselamatan adik tiri kau lebih penting.’ Sampuk Misaka.

'Shitsureishimasu.' Rumiko keluar dari bilik kelab perlahan-lahan. Sejurus sahaja dia sampai di koridor bangunan, dia pantas berlari pulang.

. . . . . . . . . .

Rumiko kehilangan ayahnya akibat kemalangan. Sudah lama dia dan ibunya hidup berdua. Namun, dua bulan yang lepas, ibu Rumiko berkahwin baru. Tetapi, ibunya berkahwin dengan seorang lelaki yang bukan berbangsa Jepun. Secara tiba-tiba, dia menerima dua orang ahli keluarga baru. Bapa tirinya telah pun mempunyai seorang anak lelaki dengan isterinya yang terdahulu.

'Menyusahkan betul. Tiba-tiba aku yang bertanggungjawab menjemput dan menghantar adik tiri aku ke taman asuhan kanak-kanak. Setiap hari macam ini.' Rumiko merungut di dalam hati. Dia tidak biasa disuruh-suruh oleh sesiapa.

Sampai di hadapan pintu tadika, kelihatan seorang budak lelaki yang berusia 5 tahun dan berkulit agak coklat menantinya di hadapan pagar. Budak lelaki itu ditemani oleh salah orang tenaga pengajar.

'Nee-chan, kocchi, kocchi.' Adik tirinya memanggil-manggil namanya.

Rumiko menuju ke hadapan pintu pagar. Setelah mengucapkan terima kasih kepada pengajar taman asuhan, dia pun memimpin adik tirinya pulang ke rumah.

'Ne..., ne.... Onee-chan, Kami sama no koto ga nanika shitteru?' Adik tirinya menarik tangan Rumiko dan bertanyakan soalan.

'Kami sama no koto? Doushite?' Rumiko hairan. Selalu benar adik tirinya bertanya soalan yang bukan-bukan. Semalam dia bertanya tentang agama. Hari ini dia bertanya tentang Tuhan.

Rumiko tidak tahu jawapannya. Dia yakin semua orang juga tidak mempunyai jawapan yang pasti tentang Tuhan. Rumiko cuba mengalih topik perbualan.

. . . . . . . . .

Makan malam Rumiko dan ibunya tidak lagi sepi seperti dahulu. Dengan kehadiran kedua-dua bapa dan adik tirinya, makan malam terasa sangat meriah. Bapa tirinya seorang yang ramah. Adik tirinya pula tidak banyak kerenah. Cuma dia memiliki sikap ingin tahu yang begitu membuak-buak tentang segala-galanya yang berada di depan mata.

'Rumiko, gakkou wa dou?' Bapa tirinya bertanyakan tentang persekolahan Rumiko.

'Gakkou wa chotto....' Persekolahan Rumiko tidak bermasalah. Namun, dia agak terganggu dengan tugas baru menjaga adik tirinya. Sejak beberapa minggu lepas, Rumiko kerap kali gagal menghadiri aktiviti Kelab Sejarah dan Geografi selepas tamat sesi persekolahan.

'Rumiko, naze desu ka?' Ibunya pula yang bertanyakan jika ada apa-apa yang tidak kena. Ibunya seakan-akan tahu ada sesuatu yang tersembunyi di lubuk hati anaknya itu....

'Iie, iie.... Gakkou wa daijoubu...' Tak sampai hati Rumiko mahu merosakkan suasana makan malam yang ceria kebelakangan ini. Dia tidak mahu dilihat sebagai seorang yang begitu mementingkan diri sehingga sanggup tidak membantu keluarganya dalam menjaga kebajikan adik tirinya.

'Yokatta....' Ibunya lega apabila Rumiko memberitahunya tiada apa-apa yang tidak elok berlaku kepadanya semasa persekolahan.

. . . . . . . . . . .

'Rumiko-chan, kore wa mama no tomodachi. Mareshia kara kimashita.' Rumiko teringat saat kali pertama ibunya memperkenalkan bapa tirinya. Pada waktu itu, dia hanyalah kawan biasa ibunya. Dia tidak menyangka bahawa lelaki itu akan menjadi bapa tirinya.

Bapa tirinya merupakan seorang pelajar sarjana di dalam bidang Falsafah dan Sejarah. Dia seorang yang kelihatan sangat asing pada pandangan Rumiko. Kulitnya tidak cerah. Wajahnya tidak kacak. Bahasa Jepunnya tergagap-gagap. Dia juga berasal dari sebuah negara tidak pernah didengari namanya oleh Rumiko. Namun, dia seorang yang beradab sopan dan begitu mengambil berat terhadap ibunya dan dirinya.

Adik tirinya pula seorang yang banyak bertanya. Setiap upacara keagamaan dan kebudayaan yang dilihat di sekelilingnya dengan segera akan ditanyakan kepada Rumiko. Selain itu, dia juga sering bertanya tentang banyak perkara yang tidak difahaminya jika dia bersama-sama dengan Rumiko.

'Mungkin tempat dia berasal tidak ada upacara keagamaan yang sebegini. Lagipun agamanya aku tidak pernah dengar. Jadi, perpindahannya dari negara asalnya ke Jepun mungkin sebab utama tercetusnya pelbagai pertanyaan.' Rumiko cuba menyedapkan hatinya. Dia tidak mahu begitu pantas membenci dua insan yang baru hadir dalam hidupnya.

. . . . . . . . . . .

Sesudah menyelesaikan kerja-kerja sekolah, Rumiko termenung seketika. Dia teringat akan soalan yang ditanya oleh adik tirinya.

'Susah aku nak jawab soalan adik tiri aku ni. Pasal agama? Pasal Tuhan? Macam mana aku nak bagi jawapan yang sesuai dengan usiaku dan usianya?' Rumiko merungut di dalam bilik tidurnya. Dia tahu bahawa adik tirinya akan mendesaknya memberikan jawapan pada keesokan hari.

'Kenapa dia tidak bertanya kepada ayah? Ayahkan seorang pelajar di dalam bidang falsafah dan keagamaan. Lagipun, memang itu bidang pengajiannya.'

Rumiko menyelak-nyelak ensiklopedia yang diberikan oleh ibunya sempena hari lahirnya yang lepas. Dia cuba-cuba juga mencari-cari tentang Tuhan dan agama. Namun hanya nama-nama agama dan sedikit sebanyak ajaran dan kepercayaan agama sahaja dimuatkan di dalam ensiklopedia tersebut.

'Ini hanya jenis-jenis agama dan Tuhan-tuhan yang disembah. Ini bukannya tentang apa itu Tuhan dan apa itu agama.'

'Hmmm..... budak kecil ni memang terlalu luas pemikirannya. Aku sendiri pun tak pernah bertanya. Selagi aku tenang dan aku senang, selagi itulah aku akan mengamalkan ajaran-ajaran yang aku pegang sekarang.'

Rumiko merungut lagi. Tak terkira rungutannya sejak kebelakangan ini.

'Kalau macam itu, lebih baik aku bertanya sahaja kepada ayah.' Rumiko menuju bilik bacaan bapa tirinya. Dia yakin bapa tirinya masih tidak tidur lagi kerana bapa tirinya sedang menyiapkan tugasan untuk pengajian sarjananya di sebuah universiti di bandaraya.

. . . . . . . . . . . .

Bapa tiri Rumiko memilih untuk melanjutkan pelajaran di Jepun kerana dia amat berminat untuk mengkaji tentang perkembangan agama di sini. Katanya, masyarakat Jepun amat menarik kerana sikap terbuka mereka terhadap perkembangan pelbagai agama.

Dia mahu mengkaji bagaimana Shintoism, Confusianism dan Taoism mampu diasimilasikan dengan ajaran Buddha di negara ini. Dia juga tertarik untuk mengetahui bagaimana masyarakat di sini mahu menahan asakan penyebaran agama Kristian dan Islam di negara matahari terbit ini.

Rumiko mendengar cerita daripada ibunya, bahawa bapa tirinya pernah menolak tawaran untuk bekerja di sebuah Muzium terkemuka di negaranya semata-mata kerana minatnya untuk mengkaji adat dan budaya masyarakat di sini.

'Tok.. tok.. tok..' Rumiko mengetuk pintu bilik bacaan bapa tirinya.  'Ayah, tak tidur lagi ke?'

'Masuklah. Ayah tak tidur lagi.' Dia menyuruh Rumiko masuk.

'Kenapa Rumiko? Ada apa-apa masalah?' Dia mengalihkan buku-buku rujukannya ke tepi meja.

'Tiada  apa-apa ayah. Cuma, saya ada dua soalan yang memerlukan jawapan yang ringkas seringkas-ringkasnya'

'Apa soalannya? Tanyalah...'

'Ada orang bertanya kepada saya tentang Tuhan dan agama. Apa pendapat ayah tentang kedua-duanya?'

‘Siapa yang bertanya?’

‘Adalah. Biarlah rahsia’

‘Teman lelakikah yang bertanya?’

‘Mana ada ayah… Ayah ni… Saya serius sekarang ni.’

Wajah Rumiko merah padam. Segan sungguh rasanya apabila bapa tirinya menyebut perkataan ‘teman lelaki’ di hadapannya.

‘Kalau macam itu, buat apa nak rahsia-rahsia?’

‘Ayah.…’ Wajah Rumiko bertukar masam.

‘Baiklah. Ayah akan cuba beri jawapan.’ Ayah tiri Rumiko menghentikan gurauannya. Takut nanti merajuk pula anak kesayangannya itu.

‘Tuhan dan Agama… Berat sungguh soalan ni. Sepanjang kewujudan manusia sejak beribu-ribu tahun dahulu pun, masih lagi tidak ada jawapan yang pasti tentang persoalan ini.

. . . . . . . . . .

‘Ini pendapat ayah sahaja. Betul atau salah bergantung kepada siapa yang menilai jawapan ayah mengikut pengetahuan dan pengalaman masing-masing.’

‘Baik, ayah. Apa sahaja jawapan ayah, saya menerimanya dan menyampaikannya kepada yang bertanya.’

‘Pada pendapat ayah, Tuhan merupakan cara manusia menjelaskan tentang kewujudan alam dan sekalian isinya. Manakala agama pula merupakan tatacara bagaimana manusia perlu berinteraksi dengan alam sekitar.'

‘Apa maksud ayah?’

‘Maksudnya, Tuhan itu dinyatakan sebagai suatu entiti berkuasa yang menyebabkan segala-galanya wujud di dunia dan di seluruh alam semesta. Namun, entiti yang bagaimana atau bagaimana kuasanya berkait rapat dengan kewujudan segala-galanya masih lagi menjadi tanda tanya.’

‘Jadi ayah, perbezaan tafsiran manusia tentang kewujudan Tuhan inilah yang menyebabkan munculnya pelbagai agama?’

‘Ya, betul tu. Kepelbagaian cara manusia menafsir kewujudan alam dan hubung kaitnya dengan Tuhan menyebabkan timbulnya pelbagai agama dan kepercayaan. Perbezaan adat istiadat dan peraturan yang melingkungi masyarakat setempat turut menjadi pendorong utama kemunculan agama dengan prinsip-prinsip dan pegangan yang berbeza.’

‘Apa maksud ayah tentang agama sebagai tatacara perhubungan manusia dengan alam sekitar?’

‘Maksudnya, ajaran agama itu menyediakan garis panduan kepada manusia bagaimana untuk berinteraksi sesama manusia dan alam sekelilingnya. Sebagai contoh, galakan untuk berbuat kebaikan dan menjauhkan diri daripada kejahatan merupakan cara-cara ajaran agama untuk mengajar manusia bagaimana untuk memelihara keseimbangan alam semesta.’

‘Ada apa-apa soalan lagi? Kalau tiada, ayah hendak menyambung semula kerja-kerja menaip hasil kajian ayah.’

‘Tiada apa-apa lagi ayah.’

‘Baiklah. Kalau begitu, masuk tidur sekarang. Esok nak keluar awal pagi kan?’

'Baiklah. Terima kasih ayah....'

'Sama-sama, Rumiko....'

Baru sahaja Rumiko hendak menuju ke bilik tidurnya, tiba-tiba dia teringat satu lagi soalan yang pernah menerjah ke dalam fikirannya tak berapa lama dahulu.

‘Ayah! Saya ada satu lagi soalan.’

‘Apa dia?’ Bapa tiri Rumiko bersedia untuk soalan yang seterusnya.

‘Pada pendapat ayah, agama yang mana merupakan agama yang benar sebenar-benarnya?’

‘Hmmmm….’

. . . . . . . . . .

‘Soalan ini pun sangat berat untuk dijawab.’ Bapa tiri Rumiko mengeluh. Namun wajahnya tidak pernah lekang dengan senyuman. Baginya, dia berasa amat bertuah kerana mempunyai seorang anak yang begitu kuat perasaan ingin tahunya.

‘Kenapa ayah?’

‘Peperangan agama membuktikan bahawa setiap agama mendabik dada sebagai satu-satunya agama yang benar dan diterima di sisi Pencipta. Namun, ini bukan salah agama sebenarnya. Hanya pengikut-pengikut agama yang terlalu bersemangat menyebarkan atau mempertahankan agama.’

‘Jadi, ayah tiada jawapannya?’

‘Ya. Ayah tiada jawapannya. Tetapi ayah berpendapat bahawa kita berhak untuk percaya kepada mana-mana agama selagi tidak wujud  unsur paksaan dan penganiayaan sesama manusia.’

‘Ayah sangat terbuka dengan isu-isu agama kan?’

‘Ya. Ayah rasa, kewujudan agama ialah untuk mengawal naluri kehaiwanan manusia dan bukan menggalakkannya. Jadi, berpegang kepada mana-mana agama akan membawa kebaikan kepada manusia dan kepada seluruh alam semesta jika manusia berfikiran terbuka dan menghormati perbezaan antara mereka.’

‘Itu sahaja soalan saya, ayah. Terima kasih sekali lagi ayah.’

‘Sama-sama Rumiko.’

. . . . . . . . . .

Rumiko bergerak menuju pintu bilik bacaan. Baginya, jawapan ayah lebih banyak membuahkan pertanyaan daripada penyelesaian. Dia baru sedar bahawa pengetahuannya tentang Tuhan dan agama begitu berat sebelah dan sangat prejudis kepada agama selain daripada agama anutannya.


'Penjelasan ayah nampak mudah....' Kata Rumiko setelah keluar dari bilik bacaan bapa tirinya.

'Tapi, macam mana aku hendak ringkaskan dan terangkan kepada adik pada esok petang?'

Rumiko kembali ke biliknya. Ensiklopedia tadi dibaca berkali-kali. Rumiko mahu menambahkan pengetahuan. Dia tahu bahawa dia perlu belajar dengan lebih banyak lagi. Kali ini, kelihatan bahawa dia yang lebih bersemangat untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan adiknya.

'Memang patutlah adik tak mahu bertanya sendiri kepada ayah. Dia tahu yang agak sukar memahami jawapan ayah yang kelihatan mudah dan ringkas...' 

Jumaat, 12 September 2014

Faridah

'Cik, saya ada temuduga hari ini.'

'Temuduga? Sila isi borang ni dulu. Ada pen?'

'Ada.'

'Tulis dekat sana ye.'

Aku ditunjukkan sebuah meja dan empat buah kerusi yang terletak di sudut kiri lobi Institut Terjemahan dan Buku Kebangsaan. Pada waktu itu, hanya ada aku dan seorang pegawai yang berada di situ. Kelibat orang lain tidak kelihatan.

'Nampaknya seorang dirilah aku ditemuduga hari ni.' Aku berkata-kata dalam hati.

. . . . . . . . . .

'Hai. Selamat pagi. Datang temuduga jugak ke?' Tiba-tiba aku di sapa.

'Ya.' Ringkas aku menjawab. Kelihatan seorang gadis berbaju kurung hitam dan putih mendekati meja tempat aku menulis.

'Saya baru habis isi borang. Nak duduk sorang-sorang rasa bosan pulak.'

'Siapa dia? Tiba-tiba je tegur aku? Tapi nasib baik gadis manis.' Aku berbisik di dalam hati

'Bosan? Takpe lah. Duduk sebelah saya. Lagipun saya sorang je ni.' Aku pun mempelawa dia untuk duduk bersama.

. . . . . . . . .

Hairan. Rasanya tiada orang lain yang aku nampak dekat sini tadi. Mana datangnya dia ni?

'Emm... takpelah. Pegawai tadi suruh saya naik dulu. Nanti dekat atas nanti kita jumpa ye.'

Aku melihat wajah gadis tadi. Rasa-rasanya wajah dia macam sama rupanya dengan seseorang yang aku kenal dahulukala.

'Kalau macam tu, dipersilakan naik dulu. Saya tak siap isi borang ni lagi.'

'Ok... '

Gadis tadi menghilang di sebalik pintu lif. Selepas dia naik ke tingkat atas, dua orang lelaki berpakaian hitam putih tiba di lobi.

'Datang temuduga jugak kot.' Aku berkata di dalam hati.

Namun, ketibaan dua orang lelaki tadi tidak menghalang aku daripada terus memikirkan tentang gadis tadi.

. . . . . . . . . . . .

'Cik. Saya dah siap isi borang.'

'Ok. Kalau macam tu, bolehlah naik ke atas. Naik ke tingkat satu ye.'

'Baik.'

Aku pun menuju ke arah pintu lif dalam keadaan tertanya-tanya.

'Wajah siapa yang mirip sangat dengan dia ye?'

. . . . . . . . . . . .

Pintu lif terbuka. Aku tiba di suatu ruangan kosongdi hadapan pejabat sumber manusia. Ada empat buah sofa di situ. Kelihatan gadis tadi duduk seorang diri di atas salah satu sofa tersebut.

'Dah kena panggil?' Aku memulakan bicara. Segan juga sebenarnya. Tapi, kerana tidak mahu dikatakan kera sumbang dan bodoh sombong, aku cuba juga menegur gadis itu.

'Belum lagi. Pegawai temuduga suruh tunggu semua sampai.'

'Semua? Berapa orang sebenarnya yang kena temuduga hari ini?'

'Staf tadi kata ada empat orang. Maknanya, ada dua orang lagi selepas saya dengan awak.'

'Oh... jadi yang baru sampai tadi pun memang calon temuduga rupanya.'

'Laki-laki atau perempuan yang baru sampai tadi?'

'Dua-dua lelaki.'

'Hmm...'

Gadis tadi mengeluh. Mungkin dia risau tiada teman berbual agaknya.

. . . . . . . . . . .

'Belajar mana dulu?' Tiba-tiba gadis tadi bersuara.

'Universiti Islam Malaysia.' Jawab aku.

'Oh... saya dari Universiti Syariah Malaysia.'

Aku agak tersentak. 'Wah. Patutlah patuh syariah....'

'Hahaha. Takde lah. Mana ada syariah sangat.' Faridah ketawa kecil.

Ketawanya sekali lagi mengingatkan aku kepada seseorang. 'Siapa agaknya yang sebiji rupanya macam dia ni?' Persoalan ini semakin ligat bermain di fikiran aku.

. . . . . . . . . .

'Awak nak tahu tak?'

'Tahu apa?'

'Saya teringin sangat nak masuk Universiti Islam Malaysia. Tapi, takde rezeki...'

'UIM tu biasa-biasa je. Yang lebihnya cuma selalu jadi set drama cintan-cintun ala-ala Islamik je...'

'Biar betul awak ni.' Dia kembali ketawa kecil.

'Aduh.. dia ketawa lagi. Nak gugur rasanya jantung aku sekarang ni.' Aku merungut di dalam hati. Tapi rungutan ku itu bukan rungutan benci.

. . . . . . . . . .

'Hmmm.... Perasan tak, kita berborak ni dah lama... Tapi nama pun tak tau lagi.'

'Yelah..' Jawab aku. 'Saudari di sana, siapakah gerangan namanya?' Aku terus bertanya. Peluang berkenalan jangan dilepaskan.

'Saya? Kenapa saya? Awaklah beritahu nama awak dulu.'

'Awak yang tegur saya dulu. Awaklah yang kena bagi nama dulu.'

'Nama saya Faridah. Awak?'

'Nama saya Far***.'

'Dekat UIM dulu amik kos apa?'

'Saya amik undang-undang.'

'Samalah kita. Saya degree dekat USM. Tapi sekarang baru habis Master dekat universiti lain.'

Dengar saja perkataan 'Master', aku terkedu. 'Fuh, genius rupanya minah ni. Ada Master. Aku pulak ada cita-cita nak ambil Master je....' Aku bermonolog dalam hati.

. . . . . . . . . . . .

Lama jugalah aku dan dia berbual-bual bersama-sama. Lima belas minit kemudian, kami turut disertai oleh dua orang lagi calon temuduga. Rupa-rupanya mereka juga graduan undang-undang UIM. Cuma mereka habis lima tahun awal dari aku.

Perbualan semakin rancak. Daripada pengalaman belajar sehinggalah pengalaman bekerja, segala-galanya menjadi modal bercerita.

Namun, kehangatan bercerita tidak mampu menghilangkan tanda tanya yang bersarang di dalam kepala.

'Dia ni mengingatkan aku kepada siapa sebenarnya???'

. . . . . . . . . . . .

Tidak semena-mena, Faridah membetulkan kaca matanya. Terserlah keayuannya.

'Yesss!! Aku dah tau! Aku dah tau rupanya macam siapa!!!' Tiba-tiba aku mendapat pencerahan.

Hatiku melonjak keriangan. Segala macam memori silam diputar balik di dalam fikiran. Pahit manis kenangan sama-sama bertaburan.

'Ya... Mata itu. Mata itulah yang menarik aku kepadanya.' Aku teringat anak mata orang yang seiras dengan Faridah.

'Redup anak matanya seakan-akan malu dan segan. Suaranya lembut walaupun tonanya agak tajam. Gerak tangannya, hayun langkahnya, reaksi dia ketika berasingan daripada kawan-kawannya, tawa kecilnya, senyuman manisnya, semuanya sama.....'

'Memang sama. Memang sama. Memang sama dengan ......... '

. . . . . . . . . . . .

'Encik Muhammad Far***, Encik Muhammad Far***! Silakan masuk. Penemuduga dah tunggu awak.....' Kedengaran nama aku dipanggil seseorang.

Tersentak aku dari mengelamun.

'Kacau betullah! Baru je nak menghirup manisnya kenangan!'

. . . . . . . . . . . .

Tamat

Selasa, 9 September 2014

Marah


Amarah
membakar.

Lidah menyala
Hati membara

Amarah 
membakar

Satu-satu
menjadi mangsa

Angkara lidah
Badan binasa.


-tamat-

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


'Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.'

UIAM atau Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bukan institusi yang asing kepada aku. Sejak daripada peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah sehinggalah Sijil Pelajaran Malaysia, boleh dikatakan setiap tahun aku bermain di perkarangan universiti ini atas alasan menghadiri ceramah motivasi dan kursus menjawab peperiksaan.

Kali pertama aku memasuki universiti ini (tahun 2002), aku di bawa bersiar-siar di bangunan Kuliyyah Undang-undang dan Kuliyyah Sains Kemanusiaan. Melihat-lihat persekitaran UIAM yang agak indah membuatkan aku bersemangat untuk belajar. Namun UIAM bukanlah salah satu pilihannya. Apabila memasuki sekolah menengah (tahun 2004, 2005, 2006), bangunan di Kuliyyah Kejuruteraan menjadi tempat aku bertandang.

Semasa di bangku sekolah rendah dan sekolah menengah, aku tidak pernah menyangka akan memasuki universiti ini sebagai salah seorang pelajarnya. Hendak mendaftar sebagai siswa pun tak pernah berangan inikan pula memasuki universiti ini sebagai seorang pelajar jurusan undang-undang. Walaupun begitu, aku masih lagi berlegar-legar di dalam universiti ini, terutamanya setelah kakakku diterima sebagai pelajar Kesusasteraan Inggeris.

Tahun 2009 menyingkap tirainya dengan keputusan UPU yang menyambung jalan ceritaku di universiti ini. Aku diterima memasuki universiti ini sebagai salah seorang pelajar undang-undang. Aku sedikit kecewa sebenarnya. Aku lebih berminat untuk menyambung pelajaran di dalam jurusan Sejarah dan Ketamadunan serta Sains Politik. Namun, sedikit sebanyak perasaan kecewaku hilang apabila diberitahu bahawa jurusan undang-undang merupakan jurusan yang laku di pasaran pekerjaan dan amat tinggi taraf dan darjatnya.

Dan perjalanan ku di UIAM akhirnya berakhir pada tahun 2014. Di sebalik pelbagai cabaran dan rintangan, akhirnya aku berjaya menamatkan pelajaran di sini. Tidak pernah aku menyangka aku akan berjaya menamatkan pelajaran tanpa menukar jurusan walaupun usaha telah pun dilakukan selama 3 tahun kebelakangan. Mengapa dan bagaimana aku menukar fikiran? Selepas ini akan aku jelaskan.

. . . . . . . . .

Apa sebenarnya yang aku pelajari di sebuah Universiti Islam?

1. Yakin boleh!

Mempelajari satu bidang yang tidak diminati adalah satu penyeksaan. Undang-undang bukanlah jurusan yang menarik pada pandanganku. Hal ini kerana, undang-undang adalah salah satu bidang yang agak sukar untuk difahami. Ditambah pula dengan medium utama pengajian di dalam bahasa Inggeris, hatiku meronta-ronta untuk keluar dan menukar jurusan. 'Sekurang-kurangnya, aku nak belajar satu subjek yang tidak terlalu beku dan tepu.' Itu fikirku.

Lagi satu, disebabkan terlalu banyak pembentangan dan aktiviti berkumpulan seperti 'Mock Trial' dan 'Mooting', aku menjadi sangat tidak selesa. Namun syukur, semuanya dapat ditempuhi dan aku tidak lagi berasa malu atau segan bercerita atau bergurau senda di hadapan orang ramai. Akhirnya aku berjaya menghabiskan pengajian.

2. Perbezaan pandangan.

Sepanjang aku berada di alam persekolahan, aku tidak terlalu didedahkan dengan perbezaan fahaman seperti ideologi politik, mazhab ugama dan pergerakan Islam. Namun, di Universiti Islam Antarabangsa, perkara-perkara ini begitu subur berkembang dan beranak pinak. Bayangkan, antara kawan-kawan rapatku sendiri, ada yang merupakan aktivis parti pembangkang dan orang kuat pergerakan Islam. Pernah juga berlaku pertikaian, namun air yang dicincang tidak akan putus. Kami berjaya juga bersama-sama menamatkan pengajian.

Perbezaan mazhab dan fahaman amat membingungkan. Aku sejak kecil dididik dengan kefahaman bahawa semua umat Islam adalah bersaudara. Tetapi, di universiti ini, kegiatan menyesatkan dan menyingkirkan orang lain yang berlainan fahaman adalah satu kebiasaan. Yang paling mengetuk pemikiran, ada pelajar yang 'berkopiah' sanggup menentang kata-kata gurunya selepas waktu kelas semata-mata untuk membela alirannya. Pilihan raya kampus pula dengan jelas menonjolkan pemikiran bahawa perbezaan kumpulan merupakan penghalang utama kesamaan tujuan.

3. Khazanah ilmuan.

Perpustakaan bukan tempat aku selalu meluangkan masa senggang. Tetapi pelbagai khazanah yang terselindung di sebalik rak-rak yang begitu jarang dikunjungi orang menarik aku untuk datang setiap hari. Buku-buku yang tidak pernah aku baca genrenya seperti agama, bahasa dan falsafah menggantikan naskah-naskah politik, sejarah dan buku teks yang tidak pernah lekang diamati isinya.

Yang paling utama, bacaan-bacaan di Baitul Hikmah amat mencabar pemikiran para pembacanya. Isi-isinya amat jarang sekali dibincangkan secara formal. Apatah lagi, sebagai pelajar undang-undang, fokus bacaan hanyalah kepada buku rujukan dan kes-kes yang dilaporkan.

Bukanlah hendak mengatakan membaca buku undang-undang sahaja adalah tidak bagus, tetapi bagi aku yang merupakan seorang pemberontak, tidak pernah akan puas dengan hanya satu cabang ilmu sahaja. Aku sangat suka mempelbagaikan bahan bacaan kerana setiap bidang mempunyai hubung kaitnya yang hanya dapat dilihat jika kita mempunyai pengetahuan yang luas dan tidak terhad.

Kenapa pemberontak? Aku tak pernah kekal dengan satu aliran. Bermula dengan sains, aku berubah dan melawan arus menuju sejarah, undang-undang, agama dan sebagainya.....

4. Pengetahuan am.

Kekecewaan di dalam memilih jurusan masih tidak hilang biarpun sudah separuh jalan. Namun aku tidak berputus asa. Aku membuat keputusan untuk terus menambah ilmu pengetahuan biarpun tanpa pengiktirafan institusi pengajian. Aku tetap menampah pengetahuan di dalam bidang sejarah. Setiap buku-buku yang berunsurkan sejarah di beli atau di pinjam daripada universiti. Kemudian, aku mula mengkaji mazhab-mazhab agama melalui pelbagai sumber bacaan dan talian.

Namun, yang mengubah pemikiran aku secara keseluruhan ialah apabila aku mula mempelajari bahasa Jepun secara sendiri-sendiri. Dalam masa setahun, aku mampu untuk memahami prinsip-prinsip asas bahasa ini tanpa diajar oleh sesiapa pun. Bahasa Jepun mula mendedahkan aku kepada agama-agama masyarakat Jepun. Shintoism dan Zen Buddhism menjadi tumpuan utama. Lama-kelamaan, minatku mula bercambah kepada ilmu falsafah dan perbandingan agama.

Aku mula selesa dengan perkembangan ini. Undang-undang aku anggap hanya sebagai 'part time'. Bidang-bidang lain diberi tumpuan secara 'full time' walaupun tidak sistematik dan tidak diiktiraf oleh pakar dan ilmuwan.

5. Gadis Melayu yang rupawan.

Apa sebenarnya yang terjadi? Oh rupa-rupanya ramai juga gadis Melayu yang rupawan. Kena pandai cari dan umpan. Tapi aku bukan seorang buayawan.

6. Sifat orang hebat dan terkenal.

Guru-guruku di sini bukan calang-calang. Mereka selalu tampil di kaca televisyen dan menulis di akhbar-akhbar. Pendapat mereka juga diterima dan menjadi standard kepada perubahan di dalam negara. Namun, di sebalik kehebatan dan gahnya nama mereka, mereka tetap seorang yang gigih mengajar dan ramah kepada anak murid mereka. Perkara ini mengubah pandangan aku kepada orang-orang yang hebat. Orang-orang yang hebat bukan hebat kerana namanya, tetapi kehebatannya diukur melalui ilmunya dan kelakuannya kepada orang-orang disekelilingnya.

Apabila pelajar dah sayang, jika guru dikenakan tindakan pun, para pelajar sanggup merisikokan diri mereka untuk menegakkan keadilan kepada mereka. Hal ini dapat dilihat semasa peristiwa Prof. Aziz Bari dipecat kerana mengkritik institusi beraja.

7. Antarabangsa!

Pelajar-pelajar UIAM terdiri daripada pelbagai bangsa. Sifat 'perkauman' memang ada. Cuma masing-masing mampu untuk mengawalnya. Yang ajaibnya ialah, kegigihan pelajar-pelajar antarabangsa ini sesuatu yang patut dicontohi oleh orang Malaysia. Mereka berasal daripada negara yang hancur akibat perang. Tetapi mereka masih gigih menuntut ilmu dengan harapan dapat mengubah diri mereka dan membangunkan negara mereka. Mereka juga tidak segan-segan untuk bergaul dengan masyarakat tempatan. Cuma masyarakat tempatan termasuk aku  yang segan.

Namun ada juga sifat-sifat mereka (termasuk orang tempatan) yang dapat dilihat sebagai antara punca mengapa umat Islam begitu sukar untuk hidup bersama masyarakat lain di dalam keharmonian. Apa contoh sifat-sifatnya? Datang dan lihat sendiri dengan mata kepala.

8. Minat kepada bahasa.

Aku lemah bahasa Inggeris. Namun berkat penggunaan bahasa Inggeris secara meluas di universiti, sekarang aku semakin berminat untuk menguasai bahasa itu. Apabila melihat rakan-rakan begitu fasih berbahasa Inggeris, aku semakin bersemangat untuk belajar bahasa. Aku mula membaca bahan bacaan berbahasa Inggeris lebih daripada bahan bacaan berbahasa Melayu. Aku juga mula belajar bahasa Jepun. Walaupun masih tidak fasih, aku tetap akan mencuba. Sekarang aku mula berminat dengan bahasa Korea. Masih lagi merangkak-rangkak menguasai sistem tulisannya.

Mengapa penguasaan bahasa amat penting kepada aku? Melalui penguasaan bahasa asing, aku mula menghargai perbezaan dalam kalangan masyarakat dunia. Aku mula faham bahawa tiada satu sistem yang sempurna yang dapat mengikat semua manusia. Setiap manusia perlu saling faham-memahami. Dominasi sepatutnya tidak wujud kerana Tuhan menciptakan manusia untuk saling berkenal-kenalan dan bukan untuk saling takluk menakluk sesama sendiri.

. . . . . . . . .

Ini merupakan antara pengalaman berharga yang aku perolehi semasa zaman pengajian di universiti. UIAM menyembunyikan banyak hikmah sebenarnya. Segalanya perlu dinilai dengan fikiran yang terbuka. Jangan rasa begitu selesa dengan keadaan sekarang. Kepada yang baru masuk universiti, manfaatkan masa di situ. Jangan asyik main DOTA macam abang sayang. Hahaha...

Sekian.

Ahad, 7 September 2014

Buka buku baca!




Buku merupakan satu entiti yang sangat misteri. Kebanyakan manusia tidak sedar dengan sifat misteri yang dimiliki oleh sebuah buku.

Bayangkan, melalui sebuah buku, manusia mampu berkomunikasi dengan generasi terdahulu. Penulis buku mungkin telah meninggal dunia, namun idea dan pandangannya terus hidup dalam kalangan anak cucunya.

Penciptaan mesin cetak telah menggalakkan penulisan dan penerbitan karya-karya agung di seluruh dunia. Umat manusia, tanpa mengira bangsa, bahasa, kepercayaan agama dan ideologi politik bersama-sama menyuarakan pendapat mereka tentang hampir segala-galanya.

Oleh itu, seharusnya kita semua bersama-sama memanfaatkan peluang yang cukup indah selagi kita masih belum menutup mata untuk menikmati cetusan idea dan perspektif yang berbeza tentang manusia dan interaksinya dengan alam semesta.

Di sini saya ingin berkongsi 10 karya yang mengubah pandangan saya tentang dunia dan segala isinya:


1. Tao Te Ching:

Merupakan karya agung seorang ahli falsafah China, Lao Tzu. Lao Tzu dengan bijaksananya memerihalkan tentang kewujudan sebuah kuasa yang mengatur perjalanan dunia. Kuasa itu tidak dianggap sebagai Tuhan atau Dewa bahkan tidak dikenal akan namanya. Melalui karya ini, Lao Tzu turut menerangkan bagaimana manusia perlu sentiasa bersikap sederhana dan fleksibel dalam setiap aspek kehidupan.

Tao Te Ching merupakan karya genius yang membuka mata tentang alam dan bagaimana manusia berbeza dalam mentafsirkan tentang interaksi antara manusia dengan alam sekelilingnya.


2. Japanese Death Poems (Written by Zen Monks and Haiku Poets at the Verge of Death)

Merupakan karya seorang pengkaji Barat bernama Yoel Hoffman di Universiti Kyoto. Karya ini mendedahkan pembaca tentang jenis-jenis puisi orang Jepun, fahaman dan kepercayaan masyarakat di sana serta pandangan orang Jepun tentang kehidupan dan kematian.Karya ini memberi pengenalan kepada pembaca tentang Haiku, Tanka, Buddhism, Taoism, Shintoism dan elemen alam yang mempengaruhi masyarakat Negara Matahari Terbit.

Japanese Death Poems mengubah pandangan manusia mengenai kematian dan kepentingan masa sekarang berbanding dengan masa lepas dan masa hadapan. Karya ini juga mendedahkan tentang keharmonian yang sepatutnya perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat yang menganuti pelbagai agama dan mazhab agama.


3. Silence:

Sebuah novel yang mengisahkan tentang penyebaran ajaran Kristian di Jepun. Berlatarbelakang negara Jepun zaman Keshogunan Tokugawa, penulisnya Shusaku Endo memerihalkan keadaan masyarakat Kristian Jepun yang dimusuhi oleh kerajaan yang memerintah. Di dalam novel ini, seorang paderi dari Portugal mengembara ke Jepun untuk menyelidik ura-ura bahawa gurunya telah murtad dan bersama-sama dengan kerajaan Jepun dalam menghalang dan menghapuskan penduduk Kristian.

Silence menonjolkan kekuatan manusia mempertahankan kepercayaan agama. Agama menjadi salah satu pemangkin untuk meneruskan kehidupan di dalam kesengsaraan. Karya ini juga memaparkan pertanyaan kepada Tuhan tentang sifat 'senyap'nya semasa penyembahnya disiksa dan dizalimi semasa mempertahankan diri-Nya.


4. The Way of Zen:

Alan Watts merupakan seorang pengkaji dari Barat yang mendalami secara khusus tiga agama utama di benua India dan Asia Timur. Namun, karyanya ini lebih memberi pengkhususan kepada Zen, salah satu kepercayaan masyarakat Asia Timur hasil kacukan ajaran Hinduism, Buddhism dan Taoism. Karya ini juga menceritakan tentang sifat masyarakat Asia Timur yang sememangnya terbuka tentang agama dan mementingkan sifat saling menghormati sesama penganut agama.

Penonjolan pelbagai agama di dalam satu karya membuat kita lebih menghargai perbezaan pegangan dan kepercayaan manusia. Seandainya manusia menghapuskan dominasi dan menggalakkan integrasi, keharmonian hidup beragama akan lebih memberi manfaat kepada kehidupan manusia.


5. The Picture of Dorian Gray:

The Picture of Dorian Gray merupakan novel tunggal karyawan Irish yang bernama Oscar Wilde. Oscar Wilde lebih dikenali sebagai penulis teater dan puisi. Namun, dia tidak mahu ketinggalan memberikan pandangannya tentang bagaimana manusia perlu menghadapi kehidupan di dunia yang penuh dugaan dan cabaran. Dorian yang merupakan seorang yang berstatus tinggi di dalam masyarakatnya diduga dengan pelbagai nikmat dunia sehingga menyebabkan kejatuhannya.

Penggunaan bahasa yang sinis serta berbunga-bunga menjadi daya penarik kepada karya ini. Amat sesuai untuk dibaca kerana mendedahkan tentang kebejatan hidup golongan bangsawan yang sentiasa bersenang-lenang.


6. Temple of Golden Pavilion:

Mengisahkan tentang konflik di antara nilai-nilai tradisi dengan kemodenan ala-Amerika di Jepun selepas Perang Dunia Kedua. Gangguan emosi yang dihadapi oleh watak utama yang juga merupakan seorang pelatih sami mencetuskan keberanian untuk membakar 'Temple of Golden Pavilion', salah satu mercu tanda tradisi Jepun. Seorang sami dan aktiviti membakar tokong tempatnya berkhidmat. Aneh bukan?

Karya ini menekankan tentang perubahan yang terpaksa dihadapi oleh orang Jepun setelah kalah Perang Dunia Kedua. Kemodenan ala-Amerika didakwa menjadi penyebab keruntuhan moral dan maruah orang Jepun.


7. Arthur Schopenhauer, Essays and Aphorisms

Schopenhauer merupakan salah seorang ahli falsafah yang agung pada abad ke-19. Beliau percaya bahawa tindakan manusia ditentukan bukan oleh  'reason' tetapi oleh 'will' atau keinginan manusia untuk terus wujud. Karya ini memetik tulisan Schopenhauer di dalam buku terakhirnya, 'Parerga and Paralipomena'. Tulisannya menggambarkan keadaan manusia yang sentiasa diikat oleh persaingan diantara kebaikan dan kejahatan. Schopenhauer percaya di dalam dunia yang tidak lagi mengiktiraf kewujudan Tuhan, kesenian, moraliti dan kesedaran kendiri merupakan antara jalan penyelesaian.

Sebab baca? Pessimism, Nietzsche, dan Buddhism.


8. An Introduction to Zen Buddhism:

Tiga perkataan. Zen, Buddhism, dan Taoism.


9. Essential Rumi:

Coleman Barks menghimpun karya-karya Jalaludin Rumi yang diberikan tafsiran dan interpretasi yang lebih mudah difahami. Essential Rumi menonjolkan keindahan dunia puisi. Puisi merupakan elemen utama dalam mengungkapkan perasaan cinta yang tidak mampu diucapkan dengan kata-kata. 

Bagaimana kewujudan Pencipta disembunyikan di antara bait-bait kata-kata?


10. The Tale of Murasaki:

Liza Dalby dengan jayanya menghidupkan semula zaman kegemilangan puisi pada era-Heian. Puisi memainkan peranan utama di dalam menyampaikan perasaan cinta kepada manusia dan alam semesta. Karya ini juga menonjolkan kepekaan masyarakat Jepun di dalam menghargai perubahan musim di dalam setahun serta pelbagai ritual dan perayaan yang diadakan untuk menyambutnya yang kekal sehingga zaman moden.

Kebijaksanaan tamadun Jepun dalam mencontohi tamadun yang lain (negara China) tanpa perlu mengorbankan jati diri negara, bangsa dan bahasa.


Banyak lagi sebenarnya. Buku-buku sejarah, novel grafik, majalah fotografi dan bahasa-bahasa macam tak muat nak masukkan. Lagipun penat nak rumuskan beribu-ribu muka surat sekali jalan. Tujuan utama pun nak beritahu karya yang paling mengubah pemikiran.

Akhir sekali, galakkan minat membaca. Sekarang manusia dihadiahkan dengan ledakan maklumat yang sangat hebat. Manfaatkan setiap masa yang terluang dengan membaca supaya kita boleh memahami tujuan kewujudan kita dan pelbagai lagi cerita-cerita tentang alam dan manusia.

Yang sangat-sangat penting, kita tidak akan sekali-kali menipu, tertipu dan ditipu oleh sesiapa. 


Tamat.