Alangkah bahagia menjadi lembu:
Mengunyah sana, mengunyah situ.
Begitu luas langit terbentang biru
Lembu tak ambil tahu.
Melintas sana, melintas situ
Begitu laju kenderaan dipandu lalu
Lembu tak pernah tahu.
Berfikir itu tak perlu.
Kunyah saja rumput-rumput itu.
Lintas saja di mana-mana mahu.
Bahagia sungguh menjadi lembu
Moo sana, moo situ
Takkan marah pengembala yang menunggu.
Bahagia sungguh menjadi lembu
Rayau sana, rayau situ
Buang tahi mana-mana pun tak perlu malu.
Bebas itu memang fitrah seekor lembu
Sebab lembu sememangnya tak tahu
Apa itu marah, apa itu malu.
Alangkah bahagia menjadi lembu!
-tamat-
-tamat-