Selasa, 17 September 2013

Magdalene



Hari itu, sekali lagi dia di situ.
Di pangkal perdu dia menunggu.

Mari, kataku. Mari berkunjung ke rumahku.
Di situ, akan kujamu kau selayaknya sebagai tetamu.

Rumahmu?
Bukankah aku sudah berada disitu?

Mari, mari ke rumahku.
Mari kujamu minuman dan makanan untuk dirimu.

Kau yang mahu menjamu?
Tak perlu. Tak perlu.
Kau yang terlebih dahulu kujamu.

Mari, mari ke rumahku.
Aku merayu. Aku merayu.

Mengapa begitu berkeras kau mahu aku ke rumahmu?
Tak perlu. Tak perlu.
Kalau cinta yang engkau mahu,
sudah lama aku mencintaimu.

Pergi. Kembalikau ke teratakmu.
Biarkan aku di sini menunggu.

Atau kau enggan aku menumpang di halamanmu?
Andai benar begitu,
Izinkan aku menumpang lalu.

Mari, mari ke rumahku.
Aku merayu.
Mari ke rumahku agar selayaknya kau dijamu sebagai tetamu.

Dia bangkit dari situ.
Matanya ditumpu kepadaku.


Ketahuilah. Cintaku kepadamu adalah kerana dirimu.
Ketahuilah. Cintaku kepadamu bukan semata-mata kerana diriku.

Lantas dia berlalu.
Di perdu itu, aku termangu.

Hari itu, aku bukan aku yang dulu.
Hari itu, aku bukan Mariam yang itu.

-tamat-