Rabu, 31 Disember 2025

Penantian

 Sekarang pukul 10.42 malam.

Sebentar lagi tahun baru akan menjelma.

Malangnya, aku jatuh sakit semula.

Baru je sembuh dah kena sakit pinggang pulak.

Harapannya, tahun depan aku sihat walafiat.

Kesihatan ini penting kalau aku ingat ubah kehidupan aku.

Aku nak menyara diri sendiri.

Aku nak menyara ibu bapa aku.

Aku nak membayar semua hutang piutang aku.

Semoga dimakbulkan doa aku ini.

-tamat-

Selasa, 30 Disember 2025

Selamat tinggal 2025

Tahun ini hampir sampai ke penghujungnya.

Penyakit aku semakin teruk dan bertambah.

Duit aku semakin berkurang.

Hutang makin mengembang.

Keyakinan aku semakin menghilang.

Kawan-kawan yang membujang dah makin kurang. Tinggal aku seorang agaknya yang single pada penghujung tahun depan.

Aku semakin terikat dengan kenangan sampai tak nampak masa depan.

Social Anxiety aku makin menggila. 

Saudara mara dan kawan-kawan buat aku takut dan kecewa.

Gagal dalam PhD dan masih tidak bekerja memburukkan keadaan.

Harapannya, tahun depan aku ingin tinggalkan semua ini di tahun 2025.

-tamat-