Rabu, 31 Disember 2025

Penantian

 Sekarang pukul 10.42 malam.

Sebentar lagi tahun baru akan menjelma.

Malangnya, aku jatuh sakit semula.

Baru je sembuh dah kena sakit pinggang pulak.

Harapannya, tahun depan aku sihat walafiat.

Kesihatan ini penting kalau aku ingat ubah kehidupan aku.

Aku nak menyara diri sendiri.

Aku nak menyara ibu bapa aku.

Aku nak membayar semua hutang piutang aku.

Semoga dimakbulkan doa aku ini.

-tamat-

Selasa, 30 Disember 2025

Selamat tinggal 2025

Tahun ini hampir sampai ke penghujungnya.

Penyakit aku semakin teruk dan bertambah.

Duit aku semakin berkurang.

Hutang makin mengembang.

Keyakinan aku semakin menghilang.

Kawan-kawan yang membujang dah makin kurang. Tinggal aku seorang agaknya yang single pada penghujung tahun depan.

Aku semakin terikat dengan kenangan sampai tak nampak masa depan.

Social Anxiety aku makin menggila. 

Saudara mara dan kawan-kawan buat aku takut dan kecewa.

Gagal dalam PhD dan masih tidak bekerja memburukkan keadaan.

Harapannya, tahun depan aku ingin tinggalkan semua ini di tahun 2025.

-tamat-

Jumaat, 31 Oktober 2025

Oktober

Hari ini sudah hari terakhir bulan Oktober.

Lagi dua bulan lagi nak masuk tahun baru 2026.

Rasanya aku nak tutup semua media sosial aku untuk move on dari kenangan lama.

Tahun ni aku masih terumbang ambing.

Tahun depan tak tahulah apa ceritanya.

-Tamat-

Rabu, 17 September 2025

Buku-buku Tahun 2025

 1. Peguam Kriminal - Ariff Azami Hussein

Jumaat, 5 September 2025

Penat

Tuhan 

Hendak

Ajar

Aku

Erti

Penat

Erti

Susah

Dan 

Erti

Merendah

Diri

Setelah

Meninggi

Diri

Terlalu

Lama

-tamat-

Selamat

Selamat 

Hari 

Jadi

Emak


Abang 

Masih 

Tak 

Dapat

Raikan

Dengan

Cara

Sepatutnya


Maafkan

Abang

Emak


-tamat-

Khamis, 4 September 2025

Dua ribu dua puluh lima

Pejam celik pejam celik.

Semakin kita menghampiri penghujung tahun 2025.

Baru sekarang aku dapat menjengah blogspot kuno aku ni.

Nampak sangat aku tak ada benda yang nak diceritakan.

Cumanya aku sekarang bukan lagi pelajar Phd.

Aku sekarang dah bekerja sebagai pembantu firma guaman kawan aku.

Macam tak percaya, selepas hampir sebelas tahun, aku kembali kepada bidang undang-undang.

Aku pun dah bersara dari jual beli kereta mainan.

Tapi aku masih nak cuba buat Phd semula.

Cumanya kembali ke bidang Sains Politik atau Undang-undanglah untuk cepat habis.

-tamat-