Ahad, 31 Disember 2023

Selamat tinggal

 Tiba akhirnya

hari terakhir 2023


pergilah bersama

kepedihan dan kesedihan

yang tak terungkapkan


selamat datang 2024

bawalah bersama kamu

harapan dan kegembiraan


-tamat-

Isnin, 25 Disember 2023

Otaku

 Aku dah jumpa matlamat aku sekarang.

Menjadi otaku bermaruah.

Maksudnya: meneruskan minat aku dalam bidang ACG dan mainan dengan duit dan usaha aku sendiri.

Aku akan berusaha untuk maju ke depan, menghabiskan pelajaran, dan mencari pekerjaan untuk menampung minat aku secara sihat.

Segala tekanan pelajaran atau pekerjaan akan aku telan demi memastikan minat aku ni akan menjana semangat aku untuk terus hidup dan tidak lagi menoleh ke belakang.

Hidup tanpa hobi dan minat ibarat tidur tanpa mimpi.

Aku dah penat hidup tanpa matlamat walaupun minat aku hanya sekecil mengumpul kereta mainan.

 

-tamat-

Jumaat, 8 Disember 2023

Tiga puluh empat

 Selamat hari jadi.

Semoga pada umur ini, aku berjaya mengubah diri dan mencapai target aku.

Tinggalkan kesedihan 33 tahun yang lalu dan bangkit bermula tahun yang ke 34.


-tamat-

Khamis, 7 Disember 2023

Tiga puluh tiga

 Hari ini hari terakhir aku berusia 33 tahun.

Sepanjang tahun ini, aku berada di dalam keadaan yang amat sukar.

Emosi aku tak stabil. Fizikal aku sakit-sakit. Kocek aku koyak rabak.

Aku ialah manusia paling miskin di dalam keluarga aku dan di dalam batch persekolahan dan universiti aku.

Pelajaran aku terumbang-ambing. Aku lebih banyak baring atau ke UIA mengenang kisah lama sedekad yang lepas.

Aku melihat adik-beradik aku kahwin. Sahabat-sahabat aku yang lebih muda ramai yang menuju ke jinjang pelamin dan sepupu-sepupuku semuanya telah membina masjid.

 Aku? Nak beli makanan pun masih mengira duit. Nak membaiki motor pun masih mengharap ihsan orang.

Duit zakat yang aku mohon untuk pelajaran habis aku laburkan untuk mencari kembali nikmat hidup yang hilang.

 Buku-buku telah lama aku tinggalkan. Terakhir masa bulan dua aku baca. Itupun sebab kena hantar sesuatu kepada penyelia.

Hidup aku sama ada di rumah, di UIA atau di Kinokuniya. Paling jauh aku berjalan ialah ke Kedah dan Pulau Pinang. Itupun setelah aku dipaksa dan ditaja oleh kawan-kawan.

Sekarang aku mula berfikir untuk berhenti belajar. Minatku sudah hilang. Ketakutan aku telah menguasai aku sehingga aku hilang semangat berjuang ketika waktu sarjanaku.

Entahlah. Esok tetap akan datang. Aku tak tahu apa lagi yang aku boleh lakukan untuk mengubah diriku sendiri. Diriku yang berusia 33 tahun sekarang.

 Kepercayaan aku pun telah lama hilang. Aku bukan lagi seorang insan yang begitu giat mencari Tuhan. 


-tamat-

Rabu, 1 November 2023

November

 Masa untuk jadi kapal selam


-tamat-

Rabu, 4 Oktober 2023

Masa

 pantas masa berjalan

sudah tiga hari

tinggal lagi kurang

tiga bulan


-tamat-

Lawan

 Setiap hari

melawan diri sendiri

melawan addiksi

anxiety 

dan

depresi


-tamat-

Ahad, 1 Oktober 2023

Bangkit

 

Here comes the rain again


Falling from the stars


Drenched in my pain again


Becoming who we are


As my memory rests


But never forgets what I lost


Wake me up when September ends

 

-tamat- 

Tragedi

 

 

Tak sanggup lagi aku

Mengenang kisah lalu
 Keganasan menghantui diriku
 
Biarkan ia pergi
 Menjadi suatu misteri
 Bagaikan tiada hati yang peduli
 
Tidak mahu kuingat lagi
 Apa yang telah terjadi
 Tragedi Oktober
 
 
-TAMAT-

Sabtu, 30 September 2023

Lemas

 L

M


A

S


T

O


L

O

N

 

 

G

 

-TAMAT-

September

 Wake

me

up

when 

september 

ends

 

-tamat-

Selasa, 26 September 2023

Semangat

    S E M A N G A T

        E

            M

                A

                    N

                        G

                            A

                               

-TAMAT-

Selasa, 19 September 2023

Tanya

 T

A

N

D

A

 

T

A

N

Y

A

 

A

P

A

 

S

E

L

E

P

A

S

 

I

N

I

 

?

 

-TAMAT-

Khamis, 14 September 2023

Sepuluh

 

 Sepuluh hari kemudian

keadaan masih tak berubah

menunggu masa

menanti rebah


-tamat-

Isnin, 4 September 2023

Lupa

 Aku dah terlupa

bila kali terakhir

aku menikmati kehidupanku

sebelum aku

mulai hidup

dalam

sengsara


-tamat-

Jumaat, 1 September 2023

Lemah

 Lemau 

sungguh 

hari ini


mengantuk

mengantuk

nak tidur 

mana?

 

-tamat-

Sembilan

 

Panggilkan aku

sembilan

sembilan

sembilan

 

-tamat-

Isnin, 28 Ogos 2023

Adios

 

Farewell to all I love;

To die is to rest. 


-fin-

Kekalahan

 

Aku kalah lagi.

Sampai bila mahu begini.


-tamat-

Sabtu, 19 Ogos 2023

Esok

 

 esok

aku

akan

mula

berlawan

 

semoga 

istiqomah

menuju

kejayaan

 

-tamat-

Lambat

 

 Jalan kesembuhan 

makin jauh

dari pandangan.

 

semoga dikurnia

kekuatan

untuk diri

terus 

melawan.


-tamat-

Khamis, 10 Ogos 2023

Sebab

 

Selain daripada mencari sebab untuk menamatkan pengajian

aku juga sedang mencari sebab untuk meneruskan kehidupan.

 

-tamat-

Isnin, 7 Ogos 2023

Semangat


 Semangat 

yang hilang.


-tamat-

Sabtu, 5 Ogos 2023

Unity

 

Fear

 

Shame      Regret

 

Anxiety

 

Sadness

 

-end-

Jumaat, 4 Ogos 2023

Triniti

 

Fear

 

Regret         Shame


-tamat-

 

 

Khamis, 3 Ogos 2023

Sikit

 Hari ini aku gembira sikit.

Tak tau apa sebabnya.

Jadi aku putuskan untuk bergembira seharian.


-tamat-

Selasa, 1 Ogos 2023

Rabu

 Esok dah Rabu

Hari kedua bulan lapan

dan aku masih membina harapan

yang sudah lama menghilang


-tamat-

Konsisten

 Aku pun tak konsisten menulis

kerana jiwaku konsisten merintih

mengenang nasib diri yang sedih


-tamat-

Ogos

Tuhan

dengan semangat bulan lapan

kurniakan aku harapan

untuk menamatkan pelajaran

dan meneruskan kehidupan.


-tamat-

Isnin, 31 Julai 2023

Sejam

 Satu jam sebelum bulan lapan.

Lagi lima bulan sebelum berakhirnya tahun 2023.

Aku masih lagi sesat di dalam terang.

 

-tamat-


Xperia

Infinix telah aku jual.

Pakai pun tak sampai tiga purnama.

Kini aku punya dua Xperia.

Satu mungkinku jual, lagi satu harapnya ku simpan lama.

 

-tamat-

Minda

 aku sedar betapa kuat minda manusia

aku ingin kembali menguasainya.


-tamat-

Lapan

 Semoga bulan lapan

menghadirkan harapan

aku ingin tamatkan pengajian!

dan jimatkan bayaran yuran.

 

-tamat-

Tujuh

Sudah penghujung bulan tujuh

dan aku masih mengeluh

 

-tamat-

Khamis, 15 Jun 2023

Separuh

 Sudah 

separuh bulan enam

menandakan

sudah separuh tahun 2023

kita lalui


aku masih di sini

menanti

tangan tuhan 

untuk 

kurangkuli


menuju 

syurgawi

yang 

dinanti-nanti


-tamat-

Khamis, 18 Mei 2023

Rai

Hari ini aku meraikan kejayaan kecil.

Walaupun ada ongkosnya, aku akan cuba merasa bangga.

Semoga Tuhan tambahkan lagi kesyukuran ku.

Walaupun nilai gembiraku tidaklah besar di mata sesiapa.

 

-tamat-

Anxiety

Anxiety

inilah nama syaitan yang menganggu fikiran.

 

dari ketakutan

bertukar jadi depresi.

 

aku tenggelam

lemas dengan jiwa yang tersiksa

 

tahun ini aku akan tamatkan

hasutan syaitan yang bernama anxiety.

 

-tamat- 




Infinix

 Hari ini

Aku beli fon baru.

Ok.

Bye


-tamat-

Jumaat, 21 April 2023

Eid - 1 Syawal 1444 Hijriyah

 5 tahun 

berhari raya

tanpa hala

kejap sini

kejap sana

entah mana

destinasinya

umur meningkat

badan dah tak kuat

menunggu masa

untuk diangkat.


tapi 

lawan tetap lawan

masih ada secebis 

harapan

untuk bina semula

masa hadapan

menuju impian

mengapai apa

yang aku kejarkan

dengan segenap

pengorbanan


-tamat-

Rabu, 5 April 2023

Terima kasih

 terima kasih 

tuhan


kerna 

rahmatmu tidak terbendungkan


aku di dalam

krisis kepercayaan


kebenaran telah

menjadi bebanan


namun tuhan

kasihmu tetap kautumpahkan.


-tamat-

Mengemis

 hari ini

aku mengemis lagi


segala 

janji-janji


mungkin akan

aku mungkiri


tuhanku

ampuni dosaku ini


telah seribu kali

rahmatmu tidak ku syukuri


-tamat-

Sabtu, 1 April 2023

Kosong

 E

M

P

T

Y

 

K

O

S

O

N

G

 

S

I

F

A

R

 

Z

E

R

O

 

S

U

N

Y

I

 

-tamat-

Fool

 1 April

bulan keempat tahun 2023


masalah masih tak selesai

penyesalan berterusan


depresi tidak berhenti

anxiety mencanak lagi.


puasa dah tak bererti

aidilfitri tak lagi dinanti-nanti.


-tamat-

Khamis, 23 Mac 2023

Puasa

 Ada satu bulan puasa.

Masa tu tengah short semester.

Tiada subjek wajib aku kena masuk masa tu.

 

Aku pun ambil kelas Mandarin.

Kelas tu mula pukul lima petang 

dan habis pukul tujuh malam.

 

Seronok betul masa tu.

Bulan puasa aku tak sia-sia dengan tidur 

dan fikir tentang bila nak berbuka.


Rindunya kelas tu.

Kalaulah boleh diundurkan waktu.

Tapi aku tak ingat pulak tahunnya bila.


-tamat-

Rabu, 15 Mac 2023

Sepuluh

 Sepuluh hari kemudian

aku masih mengeluh


-tamat-

Ahad, 5 Mac 2023

Mula semula

 Mulai saat ini

aku tak mahu lagi

senantiasa bersedih hati.


Hari ini aku akan gembirakan hati

dan bermula merampas kembali

masa lalu 

yang kumusnahkan sendiri


-tamat-

Rabu, 1 Mac 2023

Maret

Sekali lagi aku mencoret

 Kisah sedih di dalam potret

Di sore hari di satu Maret


-tamat-

Selasa, 28 Februari 2023

Mencanak

Hari ini

hari terakhir Februari

 

Anxiety aku mencanak lagi

sakit betul di dalam hati

 

Esok bulan baru lagi

aku masih di sini menanti

 

ketenangan yang dicari-cari.

 

-tamat-

 

 

Ahad, 12 Februari 2023

Terima

 Hari ini

aku menerima

bahawasanya

aku tiada lagi di hati mereka

dan aku sendiri yang melarikan diri daripada segalanya


Semoga aku dapat timbul kembali

daripada lemas di dalam kenangan

dan mencipta kenangan baru

untuk terus hidup

di masa hadapan


Perubahan itu benar

tiada yang kekal selamanya

menerima perubahan itu wajar

agar tidak tenggelam di dalam nostalgia.


-tamat-

Rabu, 1 Februari 2023

Februari

 Februari kembali 

Hidupku masih lagi mencari erti 

Cinta telah lama pergi 

Hati yang hancur tak pulih lagi 


-tamat-










Selasa, 31 Januari 2023

Januari

 Hari terakhir Januari

Aku masih mencari-cari

Sebentuk jiwa yang menghilangkan diri.


-tamat-

Ahad, 1 Januari 2023

2023

 Segalanya bermula

saat pukul dua belas.

 

Tahun baru membuka tirainya.

Kita ada setahun untuk mengulangi segalanya

atau mengubah hidup kita.


Bagi aku

segala-galanya seakan-akan sama.


Entah bila akan kuubah

kehidupanku di dunia.


-tamat-